16 warga Nepal main bola sepak ditahan

16 warga Nepal main bola sepak ditahan

KEPALA BATAS: Membuat dua pasukan kemudian mengadakan pertandingan bola sepak dengan diadili seorang pengadil.

Itu tindakan sekumpulan lelaki warga Nepal yang ditahan di Pekan Darat, di sini ketika polis mengadakan pemantauan Op COVID-19 semalam.

Soal siasat mendapati mereka gagal memberi sebab munasabah dan ditahan kerana mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor, berkata seramai 34 individu ditahan dalam operasi yang diadakan polis daerah itu.

“Semua yang ditahan membabitkan 10 lelaki warga tempatan dan 24 warga asing berusia lingkungan 27 hingga 46 tahun.

“Daripada jumlah yang ditahan, seramai 16 daripadanya adalah warga Nepal yang bermain bola sepak seperti sebuah pertandingan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Semua yang ditahan akan disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan, Seskyen 269 Kanun Keseksaan dan Peraturan 11 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020.

Noorzainy terus mengingatkan kepada masyarakat daerah itu supaya mematuhi arahan kerajaan dan bersabar supaya pandemik COVID-19 dapat berakhir tidak lama lagi.

Sumber : Berita Harian

error: ...