18 maut bot karam di sungai Amazon

SAO PAULO: Sekurang-kurangnya 18 orang maut apabila sebuah bot karam di hutan hujan Amazon, pihak berkuasa Amazon Isnin, sambil memberitahu mangsa masih berusaha untuk menyelamatkan diri,

Feri berkenaan dikatakan sedang mengambil penumpang di Sungai Jari di dalam Amazon, apabila ia terbalik pada waktu subuh, Sabtu lalu.

Pihak berkuasa dalam satu kenyataan lewat Isnin berkata, 46 mangsa berjaya diselamatkan manakala 30 lagi disahkan masih hilang, sekali gus memberi petunjuk bahawa jumlah penumpang adalah jauh lebih ramai dari yang dilaporkan.

Sehingga kini, usaha mencari menggunakan helikopter, pesawat dan penyelam masih berjalan.

Menurut tentera laut Navy, satu siasatan sudah dilancarkan bagi menyiasat punca kejadian.

Seorang saksi, Vanderleia Monteiro berkata, bot dikenali sebagai Anna Karoline III itu berdepan masalah apabila dihampiri sebuah bot lain yang cuba melabuhkan sauh.

“Saya mendengar ada orang menjerit memberitahu bahawa bot itu akan karam, dan ia terus terbalik beberapa saat kemudian.

“Arus deras menghanyutkan kami dan jelas kelihatan bot berkenaan tenggelam ke dasar sungai,” katanya kepada saluran berita G1, selepas berjaya menyelamatkan diri bersama suami dan anak lelaki berusia 11 tahun.

Anna Karoline III, bot dua tingkat itu berlepas tengahari Jumaat lalu dari bandar Macapa, iaitu ibu negeri Amapa di timur laut Brazil.

Ia dijadualkan belayar ke Santarem di negeri jiran Para, yang mengambil masa kira-kira 36 jam perjalanan.

Kerajaan Amapa menerusi satu kenyataan berkata, antara mangsa yang terbunuh adalah kanak-kanak perempuan berusia tujuh dan 11 tahun. – AFP

Sumber : Berita Harian

error: ...