40% Juruterbang Pakistan menggunakan Lesen Terbang Palsu

Pakistan International Airlines (PIA)

Sekurang2 nya 262 daripada 860 Juruterbang tidak megambil ujian penerbangan yang selayaknya

Dubai : Sekurang-kurang nya 40 peratus Juruterbang di Pakistan menggunakan Lesen Penerbangan Palsu. – Menteri Penerbangan ”Ghulam Sarwar”

Sarwar mendedahkan laporan yang mengejutkan mengenai juruterbang ‘palsu’ ketika membentangkan laporan siasatan di Majlis Nasional Pakistan mengenai nahas pesawat Pakistan International Airlines (PIA) di Karachi baru-baru ini.

“Pakistan mempunyai 860 juruterbang aktif, termasuk Juruterbang Pakistan International Airlines PIA, Serene Air dan Air Blue. Siasatan yang dimulakan pada Februari 2019 menunjukkan bahawa 262 juruterbang tidak menjalani ujian sendiri tetapi meminta orang lain untuk menduduki peperiksaan bagi pihak mereka.

Dia mengatakan bahawa mereka telah mengetahuinya semasa siasatan berkaitan dengan juruterbang yang memiliki lesen ‘palsu’ bahkan tidak memiliki pengalaman terbang yang cukup. 40 peratus Pemegang lesen penerbangan palsu juga termasuk beratus-ratus juruterbang yang bukan ‘flyer aktif.

Sarwar mengatakan: “Juruterbang juga dilantik berdasarkan lantikan politik dan tidak berdasarkan Merit ketika proses melantik juruterbang, Dia mengatakan bahawa sekurang-kurangnya ”Ijazah” empat juruterbang PIA juga didapati palsu, lapor media Pakistan.

Dia mengatakan bahawa siasatan telah dimulakan dalam hal ini, dan surat tunjuk sebab telah dikeluarkan kepada 54 juruterbang. “Beberapa juruterbang juga telah membantah tindakan ini di pengadilan. Setakat ini, sekurang-kurangnya sembilan juruterbang telah mengaku memiliki ijazah palsu.

Dalam laporan lain, menteri tersebut telah mengantung tugas juruterbang dan menara kawalan udara yang bertanggungjawab menyebabkan pesawat PIA terhempas di Karachi. Penerbangan PIA PK8303, yang membawa 99 orang termasuk lapan anak kapal, merempuh kawasan perumahan yang padat berhampiran lapangan terbang Karachi pada 22 Mei. Dua orang terselamat dalam nahas sementara 97 penumpang terk0rban.

*/ Sumber : Gulf News

error: ...