5 perkara penting dalam kenyataan media PKPP 22/06/2020

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

PUTRAJAYA: Lima perkara penting yang dinyatakan Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi sidang media berkaitan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pada Isnin, 22 Jun 2020.

INI APA YANG ANDA PERLU TAHU HARI INI:

1. PDRM menahan 97 individu atas kesalahan ingkar arahan PKPP.

2. PDRM membuat 68 sekatan jalan raya melalui Operasi Benteng di seluruh negara.

3. Aktiviti riadah kolam renang dibenarkan bermula 1 Julai ini.

4. Mesyuarat Khas hari ini juga bersetuju untuk membenarkan aktiviti pawagam, teater dan live event dibuka semula bermula 1 Julai dengan syarat diadakan di dewan tertutup sahaja.

5. Kerajaan bersetuju memberi kebenaran kepada penganjuran mesyuarat, persidangan, seminar, kursus atau latihan dengan kehadiran peserta tidak melebihi 250 orang.

*/ Sumber : Astro Awani

Ingkar PKPP: 97 individu termasuk pengunjung pusat karaoke ditahan

PUTRAJAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan 97 individu atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), termasuk mengunjungi pusat karaoke.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah itu, 28 individu telah direman manakala 69 individu dikenakan kompaun.

“Antara kesalahan ingkar arahan PKPP termasuk aktiviti di pusat karaoke atau hiburan keluarga, aktiviti refleksologi atau urut dan aktiviti (lain) yang menyukarkan penjarakan sosial,” katanya dalam sidang media di sini pada Isnin.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, PDRM melalui Task Force Operasi Pematuhan telah membuat 66,518 pemeriksaan bagi memantau dan menguatkuasa pematuhan prosedur operasi standard (SOP) PKPP.

“Sebanyak 3,538 pasukan pematuhan telah membuat pemantauan melibatkan seramai 15,724 anggota,” katanya. */ Sumber : Astro Awani

error: ...