Adakah kita mahu kembali seperti keadaan Spanish Flu dahulu?

Foto di tahun 1918, kelihatan dua wanita berjalan dgn memakai mask muka disebabkan oleh wabak ‘SPANISH FLU’ .

Wabak ini bermula pada Januari 1918 sehingga Disember 1920 merupakan antara wabak penyakit terburuk dalam sejarah manusia.

Seramai 500 juta org telah dijangkiti dan dianggarkan seramai 17 – 50 juta org telah meninggal dunia disebabkan wabak ini.

Cara wabak ini dihentikan adalah dengan langkah Social Distancing. Negara di dunia yg terjejas mula menutup sekolah, rumah ibadat dan tempat orang ramai berkumpul sehinggalah wabak ini perlahan lahan hilang.

Walaupun ramai yg dijangkiti dan meninggal dunia, sangat difahami kerana teknologi masih belum ‘advance’ selain perubatan belum semaju masa kini dan hebahan sampai lambat kepada kawasan terjejas.

Namun langkah pencegahan masih sama. Social Distancing dan mengamalkan kebersihan diri pada tahap optimum.

Adakah kita mahu kembali spt keadaan Spanish Flu dahulu?.. jika tidak.. please…!!!

#StayAtHome
#SocialDistancing

Sumber : Bani Tanah Melayu, 03 April 2020.
Photo : Dua orang wanita yang memakai masker di tahun 1918.

error: ...