Ajal selepas sehari sambut hari lahir

Petaling Jaya: Pemandu m@ut, manakala lapan pekerja pembersihan cedera dalam kemalangan di Bandar Utama Damansara berhampiran sebuah pusat beli-belah di sini, pagi ini.

Mangsa, Mohamed Zaini Zakaria, 32, yang baru menyambut ulang tahun kelahirannya semalam disahkan meninggal dunia di lokasi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian jam 5.54 pagi.

Menurutnya, kemalangan membabitkan sebuah Honda Accord dipandu mangsa melanggar bahagian belakang lori yang dipandu seorang lelaki dengan lapan pekerja kontrak sedang melakukan kerja pembersihan jalan raya.

“Akibat rempuhan itu, pemandu kereta tersepit dan anggota berjaya dikeluarkan anggota bomba sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang berada di lokasi.

“Lapan pekerja pembersihan berusia antara 20-an hingga 40-an cedera ringan dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) menggunakan lima ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kes diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Sumber : MyMetro

error: ...