Anak pengasas Dnars didakwa ugutt bapa tiri

ANAK lelaki pengasas kosmetik Dnars Skincare didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, hari ini atas pertuduhan mengugutt bapa tirinya melalui WhatsApp.

Mohamed Aqbar Hakim Jasman, 20, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret S Mageswary.

Tertuduh didakwa menakutkan secara jen@yah terhadap Ahmad Shah Rizal Ibrahim, 43, dengan ugutan hendak menyebabkan kem@tian iaitu dengan menghantar pesanan ringkas melalui aplikasi WhatsApp dibaca: “Papa igt deh kalau adik ore m@ti, ore g p@ncung belako”.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di pusat beli-belah di Jalan Bukit Bintang Kuala Lumpur pada 8.45 malam, 15 Jun lalu mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penj@ra maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kes@lahan.

Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Aiman Azahan tidak menawarkan jaminan kerana kesalahan itu tidak boleh dijamin, bagaimanapun tertuduh yang diwakili peguam Muhammad Nor Izzat Nordin memohon jaminan dibenarkan antara RM2,000 hingga RM3,000 untuk memastikan kehadiran anak guamnya ke mahkamah dan tiada risiko untuk tertuduh melarikan diri.

“Anak guam saya merupakan pengarah bagi tiga buah syarikat dan urusan perniagaan ini adalah bersama pengadu yang merupakan bapa tirinya,” katanya.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan tertuduh dilarang mengganggu mangsa sehingga kes selesai dan menetapkan 7 Ogos untuk sebutan kes bagi serahan dokumen.

Sumber : MyMetro

error: ...