AS tuduh China cuba curi vaksin COVID-19

Gambar fail Pengarah Penemuan Antibodi dan Pembangunan Vaksin, Dr Nita Patel, menunjukkan kajian vaksin berkaitan COVID-19 di Makmal Novavax, Rockville, Maryland. – Foto AFP

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) mendakwa kumpulan penggodam dipercayai dari China dikatakan cuba mencuri kajian vaksin COVID-19.

Ketika ini, tiada rawatan untuk mengubati wabak itu dan vaksin yang dihasilkan mampu membuatkan sebuah negara kembali beroperasi penuh semula malah penciptanya juga berpotensi untuk mendapatkan habuan yang lumayan.

Dua agensi keselamatan Amerika Syarikat (AS) mendakwa penggodam yang mempunyai kaitan dengan Beijing dikatakan cuba mencuri hasil kajian dan harta intelek rawatan dan vaksin wabak itu.

“Usaha China mensasarkan sektor yang mempunyai ancaman terhadap isu COVID-19,” kata Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI), dan Agensi Keselamatan Infrastruktur dan Cybersecurity.

Dakwaan itu bagaimanapun tidak disertakan bukti oleh kedua-dua pihak berkenaan.

“Apa lagi yang baru mengenai China? Apa lagi yang baru?. Beritahu saya, saya tidak teruja dengan China,” kata Presiden Donald Trump sebagai reaksi selepas pihak AS percaya penggodam China sedang mensasarkan kajian vaksin dari negara itu.

Manakala ketika ini, Beijing sudah beberapa kali menafikan dakwaan itu.

Keperluan terhadap vaksin itu amat mendesak kerana ia membabitkan ‘ketahanan’ ekonomi negara dan Pengarah Hasil Persekutuan AS, Jerome Powell, juga memberi amaran berhubung kejatuhan saham di Wall Street. – AFP / Berita Harian

China akan lakukan apa saja – Trump

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump percaya pengurusan COVID-19 oleh China membuktikan negara tembok besar itu sedaya upaya akan melakukan apa sahaja untuk pastikan beliau tewas pilihan raya, pada November depan.

Dalam temubual dengan Agensi, Trump dalam nada tegas mengenai China, berkata beliau lihat perbezaan pilihan dari segi akibat untuk Beijing terhadap virus berkenaan.

“Saya boleh melakukan banyak perkara,” kata Trump.

Trump dilihat sering kali menuding jari menyalahkan China sebagai punca tercetusnya pandemik COVID-19 sehingga membunuh sekurang-kurangnya 60,000 orang di AS sahaja selain mengakibatkan kemerosotan ekonomi di negara Uncle Sam itu.

Apa yang berlaku di AS susulan pandemik COVID-19 turut mengancam reputasi Trump dan harapannya untuk tempoh empat tahun lagi.

Presiden Parti Republikan itu juga selalu dituduh kerana tidak bertindak awal sebagai persediaan untuk negara itu menghadapi penularan wabak pandemik itu.

Trump percaya China ‘serba tahu’ dan boleh memberitahu kepada seluruh dunia mengenai kewujudan wabak itu lebih awal.

Ditanya adakah beliau akan mempertimbangkan untuk meminta pampasan daripada China, Trump tidak menawarkan jumlah secara terperinci.

“Terdapat banyak perkara yang saya boleh lakukan. Kita sedang lihat apa yang akan terjadi.

“Mereka selalu menggunakan hubungan awam untuk cuba menggambarkan mereka ada parti tidak bersalah.

“China akan lakukan apa sahaja untuk lihat saya tewas perlumbaan ini,” kata Trump sambil menambah beliau percaya Beijing mahukan pemimpin pembangkang dari Parti Demokrat, Joe Biden memenangi perlumbaan supaya dapat kurangkan tekanan yang dibuatnya terhadap negara itu dari segi perdagangan dan lain-lain isu.

Menurut Trump, perjanjian perdagangan yang beliau muktamadkan dengan Presiden China, Xi Jinping menyasarkan untuk mengurangkan defisit perdagangan kronik antara kedua-dua negara ekoran pandemik COVID-19.

Semalam, Pegawai Kanan Pentadbiran Trump berkata ‘perjanjian tidak rasmi antara musuh’ menggambarkan Trump dan Jinping secara asasnya bersetuju ketika perbualan telefon, pada akhir Mac lalu namun sekarang ia sudah tamat.

Dua pemimpin negara kuasa besar dunia itu berjanji kerajaan mereka akan lakukan apa sahaja terdaya untuk bekerjasama mengekang wabak pandemik itu.

Dalam beberapa hari lalu, perdagangan Washington dan Beijing dilihat berdepan kesukaran akibat penularan COVID-19.

Bagaimanapun, Trump dan pembantu atasannya sambil menambah retorik anti-China berhenti secara langsung mengkritik Jinping yang sebelum ini berulang kali disebut oleh Presiden AS itu sebagai rakannya.

Namun, Trump dan pembantunya, sambil meningkatkan retorik anti-China mereka, telah berhenti secara langsung mengkritik Xi, yang berulang kali disebut oleh presiden AS sebagai “rakannya”

Selain itu, Trump juga berkata Korea Selatan bersetuju membayar AS lebih banyak wang untuk perjanjian pertahanan bersama tetapi tidak pasti berapa jumlahnya.

“Kita boleh buat perjanjian. Mereka mahu buat perjanjian. Mereka sudah bersetuju untuk bayar banak wang. Mereka bayar dengan jumlah yang banyak daripada mereka pernah bayar sebelum saya masuk pada Januari 2017,” katanya.

Di Korea Selatan, AS mempunyai kira-kira 28,500 tentera

Trump memimpin usaha kecil sebagai langkah mengekalkan ekonomi AS melalui rangsangan pembayaran kepada individu dan syarikat sambil mendorong gabenor membuka kembali negeri masing-masing dengan berhati-hati ketika angka jangkitan baharu merosot.

Nada Trump waspada terhadap ekonomi yang kuat yang beliau nikmati sebelum ini berbanding sekarang apabila jutaan orang kehilangan kerja dan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) semakin goyah.

“Kita seronok sebelum perkara ini berlaku. Kita memilik ekonomi paling dahsyat dalam sejarah,” katanya.

Berdasarkan undian melalui Agensi, pada 27 hingga 28 April lalu, 43 peratus rakyat AS bersetuju dengan cara Trump menguruskan pandemik itu.

Tetapi ada beberapa berita baik mengenai wabak itu apabila kajian oleh Gilead Sciences Inc mendapati ubat anti-viral iaitu remdesivir menunjukkan perkembangan untuk merawat pesakit dijangkiti COVID-19.

Trump juga mahu pembangunan vaksin COVID-19 dipercepatkan sambil berharap semuanya berjalan dengan lancar. – Agensi / Berita Harian

error: ...