Babi hutan lagi sedap ~ Adam Corrie

“MAKAN babi hutan lagi sedap daripada babi biasa,” kata pelakon Adam Corrie mengenai pengalaman lalunya yang pernah menikmati daging babi hutan sebelum memeluk Islam. 

Adam Corrie

Adam atau nama sebenarnya Adam Corrie Lee Abdullah, 52, berkata, pengakuan jujur itu dibuat selepas ditanya isterinya mengenai perkara itu.

“Bidadari saya tanya, saya jawablah dengan jujur. Respon ‘Erkk’ sebab dia (isteri) ingat babi biasa yang lebih ramai suka makan, tapi sebaliknya,” tulisnya di media sosial.  

Pertanyaan spontan daripada isterinya itu ketika mereka menonton siaran berita mengenai isu babi hutan berkeliaran di kampung.  

Menurut Adam, dia melihat semakin ramai rakannya yang bukan Islam sudah mula mempunyai kesedaran mengenai kemudaratan pengambilan daging haiwan terbabit.

“Sekarang ramai rakan bukan Islam tak makan daging babi atas kesedaran faktor kesihatan. Alhamdulillah, empat tahun sebelum memeluk Islam, saya sudah tiada rasa nak makan daging babi. Rupa-rupanya Allah nak saya bersih sebelum kembali kepada fitrah.

“Setiap kejadian yang Allah cipta bukan sia-sia. Allah jadikan babi itu ujian bagi umat Islam. Jangan kita pandang hina setiap kejadian tapi pandang ia satu ujian dan hikmah di sebaliknya. Jadikan apa yang saya cerita ini satu ilmu pengetahuan. Ambil yang positif ya. Jika kita pandang negatif, negatif yang kita dapat,” tulisnya.

Adam memeluk agama Islam pada 13 Julai 2007 sebelum berkahwin dengan isterinya, Fazema Mohd Fuad pada 2008.

Pelakon filem KL Gangster dan drama Gerak Khas ini juga pernah menerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah Selangor pada 2017.

Sumber : MyMetro

error: ...