Banduan cari nahas, ingin dijangkiti COVID-19

Gambar Hiasan

LOS ANGELES: Sekumpulan banduan di California mencuba pelbagai helah supaya dijangkiti COVID-19 kerana melihat cara itu dapat membebaskan mereka dari penjara, menurut pegawai kanan polis, semalam.

Kejadian di penjara Castaic, utara Los Angeles itu membabitkan kumpulan banduan yang dirakam berkongsi cawan pakai buang dan menghidu topeng muka yang sudah digunakan secara beramai-ramai dalam keadaan bersesak-sesak.

“Banduan ini beranggapan sekiranya disahkan positif COVID-19, pihak penjara akan segera membebaskan mereka dan kepercayaan ini ternyata silap, malah tidak mungkin akan terjadi.

“Daripada 21 banduan ini, beberapa orang daripada mereka disahkan positif wabak itu berpunca daripada perbuatan berkenaan,” kata Sherif Daerah, Alex Villanueva.

Salah laku berkenaan dikesan selepas pegawai penjara melakukan penyiasatan berikutan angka kes positif COVID-19 di daerah itu mencatatkan peningkatan.

Bagaimanapun, kesemua mereka tidak mengaku bersalah kerana sengaja melakukan perbuatan tertentu bagi dijangkiti COVID-19.

Seramai 11,700 banduan sedang menjalani hukuman penjara di Los Angeles.

Sebelum ini, 5,000 banduan dibebaskan lebih awal sebagai langkah bagi membendung penularan wabak berkenaan.

Manakala, 357 penghuni penjara dikesan positif COVID-19 di seluruh Amerika Syarikat yang turut merekodkan jumlah populasi banduan terbesar di dunia. –AFP / Berita Harian

COVID-19: AS bebaskan banduan

WASHINGTON: Peguam Negara Amerika Syarikat (AS), Bill Barr diarahkan Penjara Persekutuan untuk membebaskan sejumlah banduan sebagai usaha mengurangkan impak pandemik COVID-19.

Barr berkata, arahan itu dikeluarkan susulan AS menggalakkan penjara di negaranya membebaskan banduan yang layak, selari dengan gesaan Ketua Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kelmarin, mendesak negara-negara membebaskan banduan di penjara sesak serta kemudahan tertutup lain.

“Hari ini, saya diminta mengeluarkan memorandum kepada Biro Penjara supaya lebih ramai banduan menjalani hukuman di rumah disebabkan beberapa faktor, terutama tahanan lanjut usia yang sudah menjalani tempoh panjang, katanya.

Katanya, arahan itu tertumpu kepada banduan yang tidak berbahaya dan mengalami keadaan penyakit yang lebih mendedahkan mereka kepada jangkitan virus COVID-19.

“Kita mahu memastikan penjara tidak menjadi punca penularan wabak,” katanya.

Arahan itu membolehkan kira-kira 170,000 banduan yang menjalani hukuman di penjara persekutuan AS, di mana puluhan kes positif COVID-19 dalam kalangan kakitangan dan banduan.

Ini sekali gus berpihak kepada banduan berusia lebih 60 tahun yang tidak pernah disabitkan dengan jenayah kekerasan atau seksual yang dianggarkan seramai 2,000 penghuni layak.

Kira-kira 2.3 juta penghuni sedang menjalani hukuman di penjara negeri dan institusi tempatan.

Beberapa gabenor negeri tertekan untuk membebaskan penghuni tua dengan risiko jangkitan coronavirus yang lebih besar.

Sementara itu, pemimpin California dan New Jersey melakukan tindakan serupa.

Rabu lalu, Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi pelarian, Michelle Bachelet meminta kerajaan mengambil langkah mengurangkan banduan di penjara.

“COVID-19 sudah merebak di penjara, pusat tahanan imigresen serta di rumah jagaan dan hospital psikiatrik dan ini mengundang risiko kepada institusi yang mempunyai ramai orang,” katanya dalam satu kenyataan.

Ethiopia mengumumkan ia akan membebaskan lebih daripada 4,000 tahanan penjara dan Afghanistan juga merancang membebaskan sehingga 10,000 banduan. – AFP / Berita Harian

COVID-19: Lebih 4 juta kes

GENEVA: Jumlah kes COVID-19 di seluruh dunia yang dilaporkan kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sudah melebihi empat juta, lapor agensi berita Xinhua.

Menurut statistik terbaharu WHO, kes COVID-19 mencecah 4,013,728 pada Isnin termasuk 278,993 kematian.

Amerika Syarikat (AS) melaporkan 1,271,645 kes dengan 76,916 kematian menjadikannya negara paling teruk diancam wabak maut itu.

Sepanyol kedua paling teruk terjejas manakala Russia di kedudukan ketiga dengan masing-masing melaporkan 224,390 dan 221,344 kes jangkitan.

Korban COVID-19 pula di Sepanyol 26,621 orang telah maut dan di Russia 2,009 pesakit meninggal dunia.

United Kingdom (UK) melaporkan 219,187 kes di kedudukan keempat dan Itali dengan 219,070 kes di tempat kelima. — BERNAMA / Berita Harian

error: ...