Belum tahu bila PKPB berakhir : Pekerja awam, swasta diarah kerja dari rumah mulai 22 Ocktober

Kuala Lumpur: Semua pekerja sektor awam dan swasta peringkat pengurusan serta pentadbiran dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) diarah bekerja di rumah mulai 22 Oktober ini.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pelaksanaan arahan ini berkuatkuasa sehingga pelaksanaan PKPB di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan, Selangor dan Sabah tamat.

Katanya, ia membabitkan sejuta pekerja di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor.

Menurutnya, keputusan itu dibuat menerusi Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dipengerusikan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas mendengar pembentangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berhubung peningkatan kes jangkitan Covid-19 membabitkan pekerja di pejabat.

“Terdapat sembilan kluster dari tempat kerja di negeri Selangor sehingga hari ini.

“Justeru, pekerja bagi sektor awam dan swasta di peringkat pengurusan serta pengawasan tidak perlu hadir ke pejabat tetapi hanya bekerja dari rumah (Work From Home) sepanjang PKPB,” katanya dalam sidang media hari ini.

Bagaimanapun, beliau berkata, pekerja dalam urusan kewangan yang membuat bayaran, pengurusan, penguatkuasaan dan kebajikan diberi pengecualian untuk bekerja di pejabat.

“Majikan perlu mengeluarkan surat pelepasan perjalanan bagi setiap kakitangan yang terpaksa bekerja di pejabat sepanjang tempoh berkenaan,” katanya.

Katanya, maklumat lanjut berhubung jenis pekerjaan dan prosedur operasi standard (SOP) akan dimaklumkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi kenyataan media dalam masa terdekat.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata, pekerja yang tinggal di kawasan Zon Merah pula diwajibkan menjalani ujian swab Covid-19 dengan kos akan ditanggung oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Walaubagaimanapun, terdapat pengecualian bagi proses kerja yang memerlukan keberadaan di pejabat seperti bahagian yang terlibat dalam urusan kewangan yang membuat bayaran, pengurusan, penguatkuasaan dan kebajikan dan pihak majikan diarah mengeluarkan surat pelepasan perjalanan bagi setiap kakitangan yang terpaksa bekerja di pejabat sepanjang tempoh ini, katanya. */ Sumber : Harian Metro

Belum tahu bila PKPB berakhir, kata menteri kanan

Perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) untuk Sabah dan Lembah Klang sebelum ini masing-masing ditetapkan akan berakhir pada 26 dan 27 Okt.

Bagaimanapun, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata situasi masih boleh berubah-ubah.

Kerajaan masih belum tahu sama ada PKPB akan disambung atau berakhir pada tarikh yang dinyatakan itu.

“Keadaan berubah dari semasa ke semasa,” katanya pada sidang media harian Covid-19. */ Sumber : Malaysiakini

error: ...