Berikut ciri pemilihan pelitup muka fabrik mengikut saranan WHO

PEMAKAIAN pelitup muka merupakan satu kaedah pencegahan yang penting.

Ia bagi mengelakkan kira-kira 60 peratus penyebaran penyakit saluran pernafasan yang tersebar melalui virus termasuk COVID-19.

Selain pelitup muka tiga lapis, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) turut menyarankan pemakaian pelitup muka fabrik bagi mengekang penularan wabak.

Berikut ciri pemilihan pelitup muka fabrik mengikut saranan WHO:

1. Disarankan untuk golongan tidak mengalami gejala pernafasan dan berada di tempat jangkitan COVID-19 tersebar luas dan penjarakan sosial diamalkan.

2. Lapisan dalamnya perlu menyerap air seperti kapas atau campuran kapas. Fungsinya, bagi menyerap titisan cecair.

3. Lapisan tengah perlu bersifat menghindar penyerapan air dan diperbuat daripada bahan sintetik, bukan tenunan seperti Polipropilena atau lapisan kapas. Fungsinya, meningkatkan penapisan atau menyerap titisan cecair.

4. Lapisan luar bersifat menghindar penyerapan air. Contoh bahan adalah Polipropilena, poliester atau campurannya. Fungsinya, menghadkan pencemaran dari luar daripada menembus masuk ke hidung dan mulut pemakai.

sumber : astro awani

error: ...