BERTUAHNYA RAKYAT MALAYSIA..

*BERTUAHNYA RAKYAT MALAYSIA..*

Di seluruh dunia 1.25 bilion pekerja terjejas akibat wabak Covid19.

120 buah negara pula menutup sepenuhnya sekolah dan pusat pengajian tinggi yang menyebabkan pengajaran dan pembelajaran 1.2 bilion murid dan pelajar terganggu.

Di Afrika Selatan rakyatnya dibeberapa kawasan mula rempuh lockdown..sebab makanan tiada..duit pun tiada..bantuan lagilah tiada…

Di Indonesia juga rakyatnya mula kelam kabut..Begitu juga di India..Jika lockdown dirumah lebih dua atau tiga hari maka di kawasan padat penduduk akan banyaklah yang mati tak makan kerana tak boleh keluar bekerja di sana..Kau ingat di India ada ka bantuan pelbagai macam mana diberi di Malaysia?

Amerika Syarikat pula sedang ke arah nak jadi Bananas Republic..segalanya gagal dikawal…Tiada persediaan nak hadapi dan tangani wabak Covid19. Dari Presiden sampai birokrat diperingkat negeri dah pakat jadi kelam kabut nak handle pandemik ni.Kes meningkat laju saban hari..Sehingga kini dah hampir 360 ribu kes jangkitan dan kematian cecah lebih 10 ribu…

Di Malaysia.. rakyatnya duduk saja di rumah..layan Astro..data internet dibagi free lagi..Siap boleh buat tiktok dan video senaman bodo..beras dihantar sampai ke dalam rumah..makanan sampai..ikan temenung dihantar sampai depan pintu..Petugas barisan depan pula hari hari diberikan dan diagih pelbagai jenis makanan dan sumbangan..

Kakitangan awam, cikgu cikgi, pensyarah universiti enjoy gaji free..tak perlu kerja..jika adapun ala kadar saja kerjanya sepanjang PKP..boleh berkebun..buat kolam ikan.bertani, tanam musang king lagi sepanjang PKP selain banyak yang lain turut sama buat kerja kebajikan..Tahniah kita ucapkan..

Kerajaan pula beri duit bantuan dengan di bank in..Semua dapat duit dan insentif dari orang bujang, orang tua dan yang janda..

Aneka Bantuan diberi..NGO, orang perseorangan dan parti politik pakat pulun dan berlumba turut berikan sumbangan dan bantuan..

Orang ramai pula masih boleh pi market, TESCO, hypermarket dengan lenggang lenggok lagi..Sempat lagi beli nasi kandar bungkus..dengan teh ais..boleh upload lagi seribu satu jenis menu makanan lazat lazat yang dimasak dirumah…

Petugas barisan depan..barisan tengah..barisan sokongan..barisan belakang dari PM, Menteri, doktor, jururawat. Petugas kesihatan, abang polis, tentera, JPAM, Rela dan pelbagai lagi agensi pula komited beri khidmat terbaik untuk pastikan negara sejahtera wabak terkawal..

Itupun masih ramai yang tidak tahu bersyukur..

Berbanggalah kita selaku warga Malaysia yang punyai kerajaan dan pentadbir yang cakna..

*BERSYUKURLAH PADA ALLAH*

Artikel Asal : Zalie Ayie

error: ...