Cip buatan najis lembu

New Delhi: Cip mesra alam untuk telefon pintar diperbuat daripada najis lembu.

Penemuan itu diperoleh sebuah agensi di bawah kerajaan India, Rahstriya Kamdhenu Aayog (RKA) yang mengumumkan penghasilan cip anti-radiasi yang mampu mengurangkan kadar radiasi daripada penggunaan telefon pintar itu.

Media tempatan melaporkan, Pengerusi RKA, Vallabhbhai Kathiria berkata, cip diberi nama Gausatva Kavach ini dikilangkan syarikat Shrijee Gaushala di bandar Rajkot, India.

Katanya, najis lembu mampu mengurangkan radiasi dan mampu melindungi manusia.

“Secara saintifiknya, cip ini boleh digunakan di telefon pintar untuk melindungi manusia dari penyakit.

“Kami sudah memulakan penyelidikan ini. Kami mahu ada penyelidikan yang kami dianggap sebagai mitos.

“Pelakon terkenal Bollywood Akshay Kumar juga mengamalkan meminum air kencing lembu untuk kesihatan,” katanya.

Menurutnya, cip itu boleh disimpan di dalam kenderaan dan pengurangan radiasi dapat dilihat secara signifikan.

Ia dijual pada harga 50 Rupee (kira-kira RM2.80) hingga Rs70 (kira-kira RM4) setiap satu.

RKA ialah institut penyelidikan di bawah Kementerian Perikanan, Penternakan Haiwan dan Tenusu di India.

Ia juga berperanan mengendalikan penternakan mengikut garis moden dan saintifik dan mengambil langkah untuk memelihara, memperbaiki keturunan,melarang penyembelihan lembu, anak lembu, lembu lain dan ternakan.

Agensi itu adalah badan penasihat tertinggi tinggi dengan mandat untuk membantu kerajaan India mengembangkan program yang sesuai untuk pemuliharaan, pembangunan lestari dan peningkatan genetik baka asli.

Sumber : MyMetro

error: ...