COVID-19 : Katil Hospital Kosong sebab Rakyat takut untuk ke hospital untuk rawatan #Bangladesh

Ketika hospital di negara lain dipenuhi pesakit #COVID19 keadaan sebaliknya berlaku di Bangladesh apabila banyak katil di hospital yang dikhaskan untuk pesakit ‘terbiar kosong’.

Pesakit COVID-19 dikatakan takut untuk ke hospital bagi mendapatkan rawatan, lapor AFP.

Pesakit dikatakan lebih rela m@ti di rumah daripada di hospital dan ini dikaitkan dengan reputasi dan kualiti perkhidmatan yang tidak memuaskan di hospital-hospital kerajaan, lapor AFP lagi.

Di ibu negara, Dhaka, sebanyak 4,750 daripada 6,305 katil hospital yang dikhaskan untuk pesakit COVID-19 tidak digunakan.

Hospital lapangan yang dibina khas untuk pandemik COVID-19 pula, daripada 2,000 katil yang disediakan hanya 100 katil digunakan.

Di Chittaggong, bandar kedua terbesar pula, hampir separuh katil yang disediakan untuk pesakit di hospital tidak digunakan.

80% kes daripada lebih 87,000 kes aktif datang dari dua bandar utama, Dhaka dan Chittaggong.

Pesakit tidak bergejala atau bergejala ringan lebih selesa menggunakan perkhidmatan tele-perubatan untuk merawat penyakit itu di rumah dan ini menjelaskan kenapa punca kem@tian di rumah akibat #COVID19 agak tinggi.

Hanya pesakit menghadapi masalah pernafasan yang teruk mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan kerajaan.

Bangladesh antara negara Asia Selatan selain India dan Pakistan yang terjejas teruk wabak ini dengan lebih 180,000 kes dan kira-kira 3,000 kes baharu setiap hari manakala kem@tian melebihi 2,200 orang.

Sumber : channelnewsasia.com / KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

error: ...