COVID-19: Kem@tian lebih tinggi daripada perokok

Merokok melemahkan sistem imuniti sekali gus meningkatkan risiko komplikasi lebih teruk jika dijangkiti COVID-19. – Foto hiasan
PUTRAJAYA: Analisa Kementerian Kesihatan mendedahkan jumlah kes kem@tian disebabkan COVID-19 kepada individu yang merokok lebih tinggi berbanding bukan perokok iaitu 17.6 peratus berbanding 12.1 peratus. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata tabiat merokok sudah terbukti mengakibatkan pelbagai jenis penyakit serta boleh melemahkan sistem imuniti manusia, sekali gus meningkatkan risiko terhadap jangkitan bakteria dan virus terutama sekali semasa wabak COVID-19. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melalui kenyataan yang dikeluarkan pada 27 Mei lalu dan beberapa kajian di luar negara mendapati perokok adalah berisiko tinggi untuk mendapat komplikasi yang lebih teruk jika dijangkiti COVID-19. “COVID-19 adalah penyakit berjangkit yang menyerang terutamanya paru-paru. Merokok merosakkan fungsi paru-paru, justeru menjadikan badan kita lebih sukar untuk melawan Coronavirus dan penyakit- penyakit lain. “Penelitian dan analisa awal berkaitan sejarah merokok dan faktor risiko penyakit tidak berjangkit yang dijalankan ke atas 86 daripada jumlah pesakit COVID-19 yang sudah meninggal dunia di Malaysia, didapati 19.8 peratus afau iaitu 17 orang adalah terdiri daripada golongan perokok,” katanya dalam sidang media harian COVID-19, di sini hari ini. */ Sumber : Berita Harian
error: ...