Covid-19 kembali aktif di Perak

Perak kini mencatatkan dua kes baharu koronavirus (Covid-19) selepas diisytiharkan negeri zon hijau pada 1 Mei lalu. -Foto Bernama

IPOH – Perak kini mencatatkan dua kes baharu koronavirus (Covid-19) selepas diisytiharkan negeri zon hijau pada 1 Mei lalu.

Pengarah Kesihatan Perak, Datuk Dr Ding Lay Ming berkata, dua kes positif Covid-19 di Perak hari ini merupakan adik-beradik warga tempatan.ADVERTISING

Menurutnya, kedua-dua mereka dari Sitiawan dan masing-masing berusia 29 dan 30 tahun.

“Kes pertama dikesan melalui saringan sebelum kembali bekerja. Kes kedua dikesan melalui aktiviti pengesanan kontak rapat bagi kes pertama. Kedua-dua kes tiada bergejala.

“Punca jangkitan masih dalam siasatan,” katanya sebagai respon kepada media menerusi kumpulan WhatsApp Jabatan Kesihatan Perak hari ini.

Dalam sidang akhbar hari ini, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menjelaskan sebanyak 67 kes baharu wabak Covid-19 direkodkan hari ini termasuk dua kes di Perak dengan 49 kes adalah dalam kalangan bukan warganegara Malaysia.

Sumber : Sinar Harian

error: ...