Documen Yang Perlu Untuk Penukaran Enjin

Dokumen yg perlu ada:

1. Borang Pemberitahuan Penukaran Enjin Borang B2

2. Geran Pendaftaran yang asal

3. Resit asal pembelian enjin/halfcut dari kedai potong.. kena pastikan enjin yg anda beli tu ada Resit

4. Surat Kastam K1 yang disahkan (dapatkan dari kedai potong dimana anda beli enjin anda)

5. Insuran yang baru

seterusnya…siapkan dokumen2 tersebut dlm 4 salinan.. bawak dokumen2 tersebut ke Bahagian Kejuruteraan Automotif JPJ terdekat.

*Anda perlu menunggu selama 2 minggu utk dokumen itu diteliti dan dikepilkan dengan surat sokongan… tiada bayaran dikenakan disini

2.Dah siap dokumen tersebut… bawa ke Puspakom utk pemeriksaan

3.Dah siap pemeriksaan Puspakom… bawa pula ke JPJ yang anda nyatakan di dalam borang JPJ (borang JPJ B2)… SEBELUM anda ke kaunter untuk urusan endorsement… sila call penginsurans anda utk memaklumkan penukaran no enjin yg lama ke no enjin yang baru… SEKIRANYA tidak berbuat demikian… JPJ akan menolak permohonan anda…

selesai berbuat demikian… maka anda boleh memandu kenderaan anda tanpa rasa was-was lagi.

*Sebarang pertukaran enjin yang melebihi 25% daripada kuasa enjin asal perlulah membuat permohonan terlebih dahulu di Bahagian Kejuruteraan Automotif di JPJ terdekat. Setelah mendapat surat kebenaran daripada Kejuruteraan Automotif, barulah bawa kenderaan ke Puspakom untuk pemeriksaan dan setelah lulus pemeriksaan Puspakom,hendaklah membuat pengesahan butiran kenderaan di JPJ (endos).

Bagi penukaran enjin berlainan model, contoh naza kepada nissan dan penukaran bahan bakar kenderaan ,contoh dari petrol ke diesel perlulah berjumpa dengan Pegawai di Bahagian Kejuruteraan Automotif di JPJ terdekat sebelum masuk ujian Pemeriksaan Puspakom.

Jikan anda membeli enjin daripada kawan-kawan, perlu dan wajib membuat surat akuan sumpah bagi menggantikan Surat Kastam 1 yang di tandatangani oleh Pemilik dan pembeli. Dan sekiranya perlu cop daripada Pesuruhjaya Sumpah, hendaklah berbuat demikian (berbeza mengikut tempat).

TIADA SEBARANG BAYARAN DIKENAKAN UNTUK MEMBUAT ENDOS DI SISTEM JPJ. BAYARAN HANYA DIKENAKAN KETIKA MEMBUAT PEMERIKSAAN DI PUSPAKOM (CAS YANG MEMANG DIKENAKAN OLEH PIHAK PUSPAKOM UNTUK MEMBUAT PEMERIKSAAN).

* Bagi penukaran gearbox Auto ke Manual atau daripada Manual ke Auto, tuan/puan boleh mendapatkan info lebih lanjut di Bahagian Kejuruteraan Automotif di JPJ berdekatan.

*Bagi motosikal pula, penukaran enjin boleh dilakukan dengan cc dan jenama yang sama tanpa perlu membuat endos di sistem JPJ asalkan nombor enjin terletak pada blok dan bukannya pada enjin. Jika nombor enjin terletak pada enjin, prosedur haruslah dibuat sama seperti kereta.

Sumber : JPJ W.P Labuan

One thought on “Documen Yang Perlu Untuk Penukaran Enjin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: ...