Doktor tak sempat nikah, maut akibat covid-19

Jakarta: Seorang doktor muda yang sebelum ini sanggup menangguhkan pernikahan demi merawat pesakit Covid-19, maut akibat wabak berkenaan, Sabtu lalu.

Dr Michael Robert Marampe, 28, disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Rumah Sakit Polri Kramat Jati di Bogor.

Berita kematiannya disahkan Pengurus Besar Ikatan Doktor Indonesia (IDI), Dr Halik Malik.

Dr Michael yang sebelum ini bertugas di Rumah Sakit Permata Bunda, Cibitung, Bekasi, pada awalnya merancang bernikah dengan gadis pilihannya, pada 11 April lalu.

Bagaimanapun, beliau menunda tarikh perkahwinan itu kerana perlu bertugas susulan penularan wabak Covid-19 di Indonesia.

Tribune.news.com melaporkan Dr Michael juga berhasrat memperdengarkan lagu ciptaannya buat pertama kali untuk isteri pada majlis pernikahan mereka.

Selain itu, ketika menerima rawatan, Dr Michael sempat memberikan kata semangat kepada rakan seperjuangan di barisan hadapan yang masih bergelut merawat pesakit.

Doktor itu dikesan positif Covid-19 selepas menjalani ujian saringan dan menerima rawatan selama lapan hari di hospital sebelum disahkan meninggal dunia.

Dalam pada itu, Dr Halik memaklumkan setakat ini, 24 doktor di seluruh republik itu meninggal dunia akibat Covid-19.

Setakat jam 3 petang semalam, Indonesia merekodkan 8,882 kes jangkitan dengan 743 kematian.

Sumber : MyMetro

Doktor maut Covid-19, tak sempat langsung perkahwinan

JAKARTA – Seorang doktor terkorban setelah dijangkiti wabak koronavirus (Covid-19) di Rumah Sakit Polri Kramat Jati di sini.

Lapor Detik News, Michael Robert Marampe berasal dari Sulawesi Utara meninggal dunia jam 10 malam.

Perkongsian berita sedih itu dimuat naik di akaun Twitter @firmandamopoli.

Pada hantaran sama, Michael terpaksa menunda majlis perkahwinan kerana bertugas menangani wabak Covid-19 tetapi kini menjadi pilu kerana dia tidak dapat lagi meneruskan majlis yang sepatutnya berlangsung pada 11 April ini.

Ketua Rumah Sakit Polri Kramat Jati, AKBP Kristianingsih mengesahkan kematian tersebut.

Dalam pada itu, sebelum meninggal dunia, Michael juga berkongsi pengalaman selama lapan hari menjalani rawatan dan kuarantin kerana Covid-19.

Dia menasihatkan kepada rakan petugas perubatan selalu menggunakan alat pelindung diri yang lengkap bagi mengelak jangkitan wabak Covid-19. Sinar Harian

error: ...