Dunia akan berubah walaupun vaksin dijumpai dan pandemik berakhir

Trudeau menggesa rakyatnya menyesuaikan diri dengan normal baharu yang memerlukan perlakuan diubah. – AP

OTTAWA: Rakyat Kanada harus menerima dunia akan berubah walaupun vaksin berjaya dibangunkan dan COVID-19 berakhir.

Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau menggesa rakyatnya menyesuaikan diri dengan normal baharu yang memerlukan perlakuan diubah.

Trudeau mengumumkan langkah baharu bagi menyokong sektor terjejas teruk termasuk AS$334 juta untuk antaranya sektor perikatan dan pembukaan semula sebahagian taman nasional.

Katanya, virus itu akan menjadi sesuatu yang mengubah masyarakat dan memerlukan penyesuaian.

Pada Rabu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan koronavirus akan menjadi endemik seperti HIV yang tidak akan hilang.

Terdahulu, lebih banyak wilayah di Kanada mula melonggarkan sekatan untuk bergerak dan membuka semula aktiviti ekonomi.

Wilayah paling padat di Kanada, Ontario akan membenarkan beberapa kedai runcit, pengedar kenderaan dan tapak pembinaan dibuka semula pada 19 Mei dalam tiga peringkat pertama untuk memulakan semula ekonomi wilayah itu.

Kanada mencatatkan peningkatan kes kematian sebanyak 2.5 peratus kepada 5,337 pada Rabu, iaitu satu kenaikan harian yang kecil.

Lebih daripada 60 peratus kematian berlaku di Quebec, wilayah kedua paling ramai penduduk dari 10 wilayah.

Selain sokongan kepada sektor perikatan, Ottawa juga memperluaskan program subsidi upah yang mendorong lebih ramai majikan mengekalkan jumlah pekerja.

Petani dan perniagaan pertanian Kanada telah memohon sebahagian besar kredit tambahan sebanyak ASD3.55 bilion yang ditawatkan Ottawa untuk meningkatkan aliran tunai mereka dalam waktu kurang dari dua bulan.

Dalam tinjauan tahunan sistem kewangan Kanada, Bank of Canada menyatakan di tengah cabaran besar COVID-19, langkah yang diambil Kanada menunjukkan tanda-tanda kejayaan.

Sumber : Astro Awani

error: ...