Gadis terkejut van jenazah datang rumah, rupanya…

Paparan Twitter Syaira mencuri perhatian netizen terutama kehadiran van jenazah di hadapan rumahnya.

BINTULU – Seorang gadis terkejut apabila melihat sebuah van jenazah berhenti di hadapan rumahnya yang berkemungkinan membawa berita sedih.

Bagaimanapun, setelah diperhatikan, van jenazah itu membawa bantuan berupa beras kepada penduduk di sekitar Bintulu semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksana.

“Ingat kan ada berita buruk tadi, rupa-rupanya nak hantar beras,” ciap Syaira yang tular di laman sosial.

Perkongsian ciapan di Twitter itu menarik perhatian netizen yang disifatkan sangat lucu pada masa sama bimbang jika benar kehadiran van itu akan membawa berita sedih terutama ketika wabak koronavirus (Covid-19) menular di negara ini.

“Bimbang tiba-tiba sahaja bawa jenazah saudara mara, pasti ia berita sedih. Mujurlah, van ini bawa beras,” ciap @Alisa.

Kata @zafran, “Risau bila nampak van ini waktu Ramadan” manakala ujar @fizin pula, “Ramadan 2020 siapa tak puasa naik van, siapa langgar PKP pun naik van jenazah.”

Sementara itu @rashid, berkata, penggunaan van jenazah sebagai pengangkutan untuk mengagihkan bantuan adalah perkara biasa.

“Di tempat saya, pengurusan masjid nak hantar barang kepada golongan asnaf mereka hantar guna van jenazah.” ~ Sumber : Sinar Harian

‘Disahkan negatif Covid-19, ibarat hadiah hari jadi saya’

Anas ketika solat berjemaah ketika dikuarantin

BANGI – Menyambut hari lahir di Pusat Kawalan Kusta Negara (PKKN) menjadi kenangan terindah buat seorang lelaki walaupun ketika itu dia dikuarantin kerana disyaki positif koronavirus (Covid-19).

Lebih menggembirakan, Anas Zulhelmi Mohd Amin disahkan negatif wabak itu selepas menyambut hari ulang tahun kelahiran ke-20 pada 26 April lalu.

Bercerita kepada Sinar Harian, kata Anas, dia sangat gembira kerana dapat pulang ke rumah selepas dua minggu berada di pusat kuarantin

“Berita itu ibarat hadiah hari jadi saya. Syukur dan gembira kerana dapat pulang ke rumah selepas dua minggu berada di hospital.

“Kali pertama disahkan positif, saya dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh. Kemudian selepas lima hari, saya dipindahkan ke Pusat Kawalan Kusta Negara dan mula menyambut Ramadan di sana,” katanya.

Anas (kiri) mengisi masa terluang dengan membaca Al-Quraan

Anak kedua daripada empat beradik itu berkata, dia menghargai semua petugas perubatan yang menjaganya dalam tempoh tersebut.

“Mereka melaksanakan tugas dengan baik dan sentiasa memastikan kami terjaga. Saya tidak dapat melupakan pengorbanan mereka,” katanya.

Menurutnya, sepanjang dikuarantin, dia dan rakan-rakan memenuhi masa terluang dengan membaca al-Quran untuk menghilangkan rasa rindu kepada keluarga.

“Kami juga membaca Yasin dan tahlil selepas solat setiap hari untuk mendoakan kesejahteraan bersama,” katanya.

Katanya, sepanjang berada di PKKN, mereka menunaikan solat berjemaah dan solat sunat tarawih 20 rakaat. ~ Sinar Harian

error: ...