Gitar Kurt Cobain pecah rekod terjual RM25.7 juta

Kurt Cobain

GITAR milik pemuzik terkenal, mendiang Kurt Cobain yang pernah dimainkan pada acara MTV Unplugged 1993 laku terjual dengan harga RM25.7 juta.

Gitar akustik jenis 1959 Martin D-18E – Foto AFP

Gitar berkenaan dijual pada acara lelongan di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS), kelmarin dan sekali gus berjaya memecahkan rekod yang dipegang gitar Stratocaster milik David Gilmour iaitu vokalis Pink Floyd, yang laku dijual pada harga RM16.9 juta tahun lalu.

Gitar akustik-elektrik retro jenis Martin D-18E 1959 milik Cobain itu pernah digunakan ketika muncul di New York, AS, lima bulan sebelum kematiannya yang mengejutkan pada 1994. Cobain meninggal pada usia 27 tahun.

Menerusi laporan Variety.com individu yang berjaya mendapatkan gitar ikonik itu adalah Peter Freedman, salah seorang pemilik Rode Microphones.

Freedman mendapatkan gitar beserta ‘case’ asal yang dihiasi dengan album Feel the Darkness milik pemuzik Poison Idea yang dilancarkan pada 1990. 

Set itu juga mengandungi setengah string gitar, tiga pick gitar serta beg yang berisi sudu perak, garfu dan pisau.

Tidak hanya itu, barang Nirvana lain juga berhasil terjual pada acara itu. Antaranya, poster Nevermind yang ditandatangani dan laku terjual RM24,000. 

Selain itu, negatif filem beserta cetakan hasil fotografi untuk majalah Spin pada 1992 lengkap bersama tanda tangan yang dijual RM15,000. Aksesori lain milik Nirvana masing-masing terjual RM2,190. */ Sumber : MyMetro

LOS ANGELES: Gitar milik ikon grunge, Kurt Cobain yang digunakan ketika persembahan MTV Unplugged pada 1993 dijual dalam satu lelongan pada harga AS$6 juta (RM25.6 juta).

Gitar akustik jenis 1959 Martin D-18E digunakan dalam persembahan yang diadakan di New York, kira-kira lima bulan sebelum dia membunuh diri pada usia 27 tahun.

Julien’s Auctions berkata, gitar berkenaan berjaya dibida oleh Peter Freedman, pengasas RODE Microphones.

Pada harga AS$6.01 juta (RM25.7 juta) selepas yuran dan komisen, instrumen itu adalah gitar termahal pernah dijual dalam acara lelongan.

Jangkaan awal gitar itu dilelong pada harga AS$1 juta (RM4.27 juta).

Freedman berkata, dia bercadang untuk membawa gitar itu dalam siri jelajah dunia, dengan hasil kutipan disalurkan untuk manfaat seni persembahan.

“Selepas saya mendengar gitar ikonik itu akan dilelong, saya tahu ia adalah peluang sekali seumur hidup untuk memilikinya dan menggunakannya sebagai alat untuk menunjukkan kepayahan mereka yang terbabit dalam seni persembahan,” katanya.

Gitar berkenaan dijual dengan selongsongnya yang dihias oleh Cobain dengan risalah album kumpulan punk rock Poison Idea pada 1990 iaitu “Feel the Darkness.”

Setakat kini, gitar termahal pernah dijual dalam sejarah adalah jenis Fender Stratocaster, atau digelar “Black Strat,” digunakan oleh gitaris Pink Floyd, David Gilmour.

Ia dijual oleh pemuzik berkenaan pada harga hampir AS$4 juta (RM17.07 juta) dalam satu jualan amal pada Jun tahun lalu.

Persembahan akustik Nirvana dalam siri MTV Unplugged pada 18 November 1993 itu dianggap sebagai antara album persembahan langsung terhebat dalam sejarah.

Ia meliputi lagu hits Nirvana “About A Girl” dan “Come As You Are” serta nyanyian semula lagu David Bowie iaitu “The Man Who Sold the World.”

Pada Oktober tahun lalu, kardigan milik Cobain dengan tandatangan yang ditulis menggunakan rokok serta dipakai ketika persembahan unplugged dijual pada harga AS$334,000 (RM1.43 juta). */ Sumber : MyMetro

Jika masih hidup, Kurt Cobain sepatutnya berusia 50-an

Siapa yang tidak mengenali Cobain? Bagi Generasi X yang kini berusia dalam lingkungan lewat 30-an hingga 50-an, penyanyi dan pemain gitar Nirvana ini diangkat sebagai ‘jurucakap generasi mereka’.

Bagaimanapun, pada 5 April 1994, seluruh dunia tersentak apabila Cobain membvn*h diri dengan menembak dirinya di kediamannya di Seattle, Amerika Syarikat.

Tindakan Cobain yang ketika itu baru berusia 27 tahun bukan saja menamatkan riwayatnya, tetapi juga kesengsaraannya selain sebagai simbolik berakhirnya muzik grunge.

Ketika hayatnya atau lebih tepat ketika di kemuncak kerjayanya, Cobain berdepan masalah d@d@h, kesihatan dan depresi.

Tekanan akibat populariti yang diterima bersama Nirvana turut membuatkan Cobain berdepan masalah depresi.

Penulis dan wartawan muzik, Charles R Cross dipetik sebagai berkata, nama Cobain kekal sebagai antara pemuzik terpenting hingga hari ini.

“Album bersama Nirvana terutama Nevermind pada 1991 terus diangkat sebagai antara rakaman album rock terbaik sepanjang zaman,” katanya.

Charles menghasilkan tiga buku mengenai Cobain iaitu Heavier Than Heaven: A Biography of Kurt Cobain, Cobain Unseen, Little, Brown and Company dan Here We Are Now: The Lasting Impact of Kurt Cobain.

Bagi Charles, sumbangan utama Cobain dalam penciptaan lagu ialah dia membuka jalan kepada pencipta lagu lain menghasilkan lagu yang lebih beremosi.

Lagu Nirvana seperti Lithium dan ”R@pe Me” adalah antara contoh mengenai masalah depresi yang dialaminya.

Bukan saja berbakat besar dalam muzik, Cobain juga handal sebagai pelukis dan karyanya banyak dimuatkan dalam kulit album Nirvana.

Nirvana yang turut dianggotai oleh Krist Novoselic (bass) dan Dave Grohl (dram) bukanlah perintis muzik grunge seperti Green River, Soundgarden, The Melvins, Malfunkshun, Skin Yard dan The U-Men yang turut berasal dari Seattle, tetapi ledakan Nevermind yang juga album kedua mereka di pasaran muzik arus perdana membuatkan mereka menjadi fenomena.

Ia membuatkan peminat muzik mula mencari band Seattle yang lain seperti Pearl Jam, Soundgarden dan Alice In Chains yang akhirnya turut meledak di seluruh dunia.

Pengaruh Nirvana bukan setakat band rock generasi kemudian seperti Fall Out Boy, Cage The Elephant dan Cloud Nothings, tetapi juga artis lain.

Bintang rap, Jay Z memasuk sedikit lirik lagu popular Nirvana, Smells Like Teen Spirit dalam lagunya, Holy Grail yang turut menampilkan Justin Timberlake.

Sehingga hari ini, album Nirvana terjual lebih 75 juta unit di seluruh dunia dan mereka turut disenaraikan dalam Rock and Roll Hall of Fame pada 2014.

Video muzik Smells Like Teen Spirit yang dimuat naik di YouTube pada 16 Jun 2009 kini mencatat tontonan hampir 500 juta pelayar Internet.

Cobain tetap di hati Frances

Cobain yang berkahwin dengan Courtney Love, yang juga penyanyi kumpulan Hole pada 1992 dikurniakan seorang anak perempuan yang dinamakan Frances Bean Cobain.

Frances yang kini berusia 24 tahun adalah antara model yang semakin dikenali. Tahun ini dia dipilih sebagai wajah untuk koleksi musim bunga Marc Jacobs.

Ketika Cobain meningg@l dunia, Frances baru berusia setahun lapan bulan. Bagaimanapun, mendiang bapa tetap dekat di hatinya.

Isnin lalu yang juga hari jadi ke-50 bapanya, Frances menulis ucapan hari jadi yang menyentuh hati banyak pihak di Instagram.

“Today would’ve been your 50th birthday. You are loved and you are missed. Thank you for giving me The GIFT of Life. Forever your daughter, Frances Bean Cobain.”

Kata-kata yang ditulis dengan tulisan tangan itu turut meletakkan tarikh hari jadi Cobain iaitu 20 Februari 2017.

Sekiranya Cobain masih hidup, dia pasti bangga dengan apa yang dicapai oleh Frances.

Selain makin dikenali sebagai model, Frances turut memiliki bakat Cobain dalam bidang lukisan. */ Sumber : MyMetro

error: ...