#Itali – 60 juta orang diminta berkurung di rumah

Penduduk Di Itali

Rom: Lebih 60 juta penduduk Itali diminta berada di rumah selepas negara itu mengumumkan sekatan pergerakan masuk dan keluar (lockdown), semalam.

Perdana Menteri Giuseppe Conte berkata, perintah itu berkuat kuasa sehingga 3 April ini.

Beliau berkata, bertujuan untuk mengekang penularan koronavirus baharu (Covid-19).

Setakat ini, lebih 9,000 kes dengan 463 kematian akibat wabak berkenaan dilaporkan di negara itu.

Ia sekali gus angka kematian tertinggi di luar China.

Berdasarkan perintah itu, orang ramai hanya dibenarkan untuk melakukan perjalanan atas urusan kerja, kesihatan dan kecemasan.

Bagaimanapun, pengangkutan awam masih beroperasi.

Mereka yang mahu pergi ke mana-mana perlu mengisi borang khas dengan menyatakan alasan berbuat demikian.

Jika didapati berbohong, individu terbabit berdepan hukuman denda atau penjara.

Sumber : MyMetro

error: ...