Kajian COVID-19 Malaysia Dijangka Tamat 5 Mei 2020, Tapi adakah benar-benar telah ‘tamat’ ?

COVID-19 Malaysia Dijangka Tamat 5 Mei 2020, Kita Boleh Raya? 1) Terjumpa satu “Predictive Monitoring” graph yang menarik perhatian saya hari ini. 2) Model yang dinamakan SIR (susceptible-infected-recovered) ini menggunakan data sebenar dari pelbagai negara untuk mendapatkan model kitaran pandemik Covid-19 dan memberikan anggaran bilakah pandemik ini akan berakhir untuk negara-negara yang terlibat di seluruh dunia. 3) Model ini dikeluarkan oleh sekumpulan pengkaji daripada Singapore University of Technology and Design(SUTD) untuk tujuan pendidikan dan kajian sahaja. CAVEAT: Kalau ikutkan masih tidak boleh dikira sebagai epi curve sebenar kerana mereka menggunakan no. of NEW cases sebagai paksi-y, dan bukannya jumlah kes seperti yang sepatutnya. Tapi sebagai modelling purposes, bagi saya bolehlah digunakan sebagai guidance, seperti model JP Morgan sebelum ini. 4) Mengikut figure terbaru mereka untuk Malaysia setakat 24 April 2020, pandemik COVID-19 di Malaysia dijangka berakhir sekitar 5 May 2020. 5) Jika keluk epidemik negara kita betul-betul mengikut prediction model tersebut, hari terakhir kita ada kes baru COVID-19 ialah pada 5 Mei tersebut dengan sekitar 70 kes baru dan hari seterusnya bermula hari pertama di mana tiada kes baru langsung dilaporkan. 6) Untuk memastikan epidemik tersebut telah benar-benar ‘tamat’, kita harus menunggu 2 minggu iaitu tempoh maksimum ‘incubation period’ COVID-19 daripada tarikh 5 Mei tersebut, bermakna jika benar tiada kes baru direkodkan sehingga 19 Mei, maka adakah kita sudah dikira ‘bebas’ daripada COVID-19 dan kita sudah boleh beraya dan makan ketupat lemang di rumah ayah bonda dan sanak saudara seperti dulu-dulu pada 24 May ini? (Sebenarnya kalau ikut kriteria sebenar WHO untuk isytihar tamat epidemik, kena tunggu 2x incubation period. Tapi katakanlah nak raya sangat kita ambil satu incubation period saja iaitu 2 minggu 😁 7) Jika tanya saya soalan 6, jawapannya ialah saya pun tidak pasti, dan saya akan terangkan kenapa. 8) Kebanyakan epidemik seperti SARS dan Mers-CoV selepas satu ketika, ia akan “burn themselves out” atau gradually “died down”. 9) Kenapakah ini berlaku? Dalam kebanyakan outbreak, pathogen yang terlibat lama kelamaan akan ‘kehabisan’ orang yang boleh dijangkiti. Keadaan ini berlaku kerana beberapa faktor dan kita akan lihat beberapa faktor yang relevan dengan COVID-19. 10) Faktor pertama ialah imuniti. Terdapat sejumlah orang daripada populasi yang dijangkiti, pulih, dan kemudiannya imun terhadap pathogen tersebut dan tidak lagi berisiko untuk dijangkiti sekali lagi. 11) Malangnya untuk COVID-19, WHO telah mengeluarkan kenyataan pada 25 April 2020 bahawa berdasarkan data yang sedia ada; “the idea that one-time infection can lead to immunity remains unproven and is thus unreliable as a foundation fot the next phase of the world’s response to the pandemic”. Dengan kata lain, setakat ini tiada bukti kukuh kalau sudah kena jangkitan COVID-19 sekali, kita tak akan kena jangkitan kedua, ketiga, dan seterusnya. 12) Data daripada COVID-19 hot spots seperti Korea dan China juga menunjukkan sebilangan pesakit yang telah pulih didapati positif kembali. Hal ini berlaku kepada 2% daripada COVID-19 survivor di Korea dan 5-10% daripada pesakit-pesakit dari beberapa pusat kuarantin di Wuhan, China. 13) Menurut WHO, masih kurang jelas kenapa hal ini berlaku samada disebabkan oleh jangkitan kedua, baki virus sedia ada dalam badan yang kembali aktif, atau ujian antibodi yang kurang tepat. 14) Faktor kedua yang menyebabkan sesuatu outbreak untuk ‘die down’ ialah ‘public health control measures’ yang telah dilakukan kerajaan seperti PKP (Perintah Kawalan Pergerakan), PKPD (Diperketatkan), kawalan sempadan, dan kuarantin. 15) Faktor ini semestinya menyumbang kepada kawalan jangkitan COVID-19 dan menyebabkan jumlah kes masih terkawal dan masih dalam kapasiti perkhidmatan kesihatan di negara kita. Apa yang tidak pasti ialah apakah yang akan terjadi kepada jumlah kes baru COVID-19 apabila semua langkah-langkah ini dilonggarkan. 16) Kita kena ingat, COVID-19 ini menurut Direktor CDC dari US Dr Fauci adalah disebabkan oleh virus yang sangat ‘efficient’ yang tidak pernah beliau lihat sepanjang pengalaman beliau sebelum ini. 17) Ini dikuatkan oleh hasil kajian dari Zheijiang University yang menunjukkan bahawa virus SARS-CoV2 yang menyebabkan COVID-19 sudahpun bermutasi sehingga lebih daripada 30 ‘strains’. Untuk sesuatu vaksin menjadi vaksin yang berkesan, vaksin tersebut mestilah ‘target’ bahagian virus yang kurang mutasi. Contohnya jika virus tersebut berkebolehan mutasi untuk menukar “mukanya” sampai 30 muka yang berlainan, maka vaksin yang berkesan hanyalah yang target bahagian lain virus tersebut seperti “badan” atau “tangan” dan sebagainya(Ni contoh je tau, virus mana ada muka, kaki, tangan). Jadi agak mustahil virus ini boleh lenyap daripada hidup kita dengan mudah. 18) Jika COVID-19 tidak dapat dilenyapkan sama sekali dari negara kita, apa yang akan terjadi ialah satu keadaan yang dipanggil ‘endemik’; iaitu di mana akan ada wabak-wabak kecil COVID-19 yang akan berlaku secara berterusan di dalam komuniti kita. Ya, kita akan terus hidup bersama COVID-19 untuk tempoh yang belum diketahui. 19) Secara realistiknya mungkin inilah end-game kita di samping norma-norma baharu dalam masyarakat seperti penjarakan sosial dan tiada lagi mass-gathering untuk tempoh yang agak lama. We probably are not going to lose the war, but maybe we are not going to completely win it either. Teruskan penjarakan sosial, teruskan hand hygiene. Embrace the new norms. Bersama kita sabar dan istiqamah dalam melawan COVID-19 Insha Allah. Dr Asyraf Maaroff Doctor of Public Health Candidate Petugas Bilik Gerakan COVID-19 PPUM Universiti Malaya Rujukan 1. SUTD Data-Driven Innovation Lab; https://ddi.sutd.edu.sg/ 2. WHO, ‘No Evidence’ Yet That Recovered COVID-19 Patients Are Immune npr.org online article 3. Dr Anthony Fauci CNN Interview, 18 April 2020. 4. Yao, H., Lu, X., Chen, Q., Xu, K., Chen, Y., Cheng, L., . . . Li, L. (2020). Patient-derived mutations impact pathogenicity of SARS-CoV-2. medRxiv, 2020.2004.2014.20060160. doi:10.1101/2020.04.14.20060160 Credit to my senior Dr Zulfadli Hafiz Ismail for additional points in the article that has been included for extra accuracy. Article Asal : Dr. Asyraf Maaroff
error: ...