Kawasan di Pudu pula dipasang kawat duri

Sebahagian kawasan di Jalan Pudu telah disekat dengan kawat duri sejak petang semalam tetapi polis mengatakan bahawa kawasan itu tidak berada di bawah perintah kawalan pergerakan diperketatkan.

Seorang pekerja asing di dalam kawasan yang disekat itu memberitahu Malaysiakini bahawa pihak berkuasa telah datang sekitar jam 10 malam semalam untuk memasang kawat duri dari kawasan berhampiran hotel D Majestic Place di Jalan Pudu ke Jalan Landak.

Seorang pemilik kedai percetakan, yang dikenali sebagai Tan, mengatakan bahawa dia merasakan ada sesuatu yang tidak kena setelah sebuah bas menjemput puluhan orang asing di kawasan itu petang semalam.

Kedainya hanya berjarak tujuh meter dari kawat duri di Jalan Brunei.

Beberapa pengusaha kedai dilihat kecewa kerana tidak dapat memasuki kawasan itu sementara beberapa pengusaha lain terkandas di dalam kawasan sekatan.

Ketua Polis KL Mazlan Lazim mengatakan bahawa pihak berkuasa memperkasakan perintah kawalan pergerakan (PKP) di kawasan itu.

“Bukan¬†lockdown¬†tapi memperkemas dan memperkasa PKP tapi bukan PKP diperketatkan.. Serupa macam kita buat di pasar Raja Bot (Pasar Chow Kit),” katanya.

Sumber : Malaysiakini

error: ...