Kedua dua kaedah ini adalah kunci kepada kejayaan kawalan wabak Covid kini

Isolasi

  • Untuk individu yang telah dijangkiti penyakit berjangkit, mereka akan diasingkan dari individu yang tidak dijangkiti.Biasanya dilakukan di hospital.

Kuarantin

  • Untuk individu yang belum dijangkiti tetapi mungkin telah terdedah.Di asingkan dan hadkan pergerakan mereka sama ada mereka dijangkiti atau tidak.Biasanya di lakukan di rumah atau lokasi berasingan.

Sekiranya seseorang individu telah di sahkan dijangkiti Covid 19, pesakit tersebut akan di isolasi di hospital atau fasiliti kesihatan.

Ini penting untuk memastikan jangkitan tidak merebak kepada orang lain. Mereka hanya di benarkan keluar dari hospital selepas disahkan NEGATIF ujian Covid 19.

Ahli keluarga dan individu yang telah terdedah dengan jangkitan, tetapj belum menunjukkan gejala dan tanda tanda akan di kuarantin di rumah atau institusi lain.

Pergerakan mereka akan dihadkan dan mereka juga perlu di asingkan sementara. Dalam tempoh kuarantin (14 hari) , mereka akan di perhatikan dan perlu menjalani ujian serta pemeriksaan sekiranya mula mempunyai gejala.


Kedua dua kaedah ini adalah kunci kepada kejayaan kawalan wabak Covid kini. Individu yang perlu dikuarantin mohon jangan keluar di tempat awam , pergerakan anda diperhatikan!

Anda mungkin nampak sihat dan tidak bergejala tetapi sebenarnya telah dijangkiti dan mungkin boleh menyebarkan pengakit.

Credit Artikel : Public Health Malaysia

error: ...