Kenapa bahaya tidur dalam kereta? Ini fakta anda perlu tahu

APABILA melalui perjalanan jauh, ada antara kita yang akan berhenti di mana-mana hentian rehat atau di tepi jalan untuk melelapkan mata apabila terasa letih.Jika anda mempunyai tabiat tidur dalam kereta dengan enjin yang tidak dim@tikan, mungkin ada baiknya jika tabiat itu dihentikan.

1. Sekiranya terdapat masalah pada ciri mekanikal kereta, kemungkinan berlaku kebocoran ekzos kereta ke dalam kabin kenderaan ketika anda sedang tidur akan meningkatkan risiko m@ti lemas.

2. Ini kerana, pengumpulan karbon monoksida (CO) yang disebabkan oleh kebocoran daripada ekzos akan menurunkan paras oksigen di dalam kenderaan.

3. Peningkatan tahap karbon monoksida di dalam kereta memberi kesan kepada oksigen dalam darah. Ini mengakibatkan darah membawa lebih banyak karbon monoksida dan boleh menyebabkan kem@tian secara tiba-tiba (sudden de@th).

4. Walaupun dengan tingkap dibuka, karbon monoksida tetap boleh terkumpul dan akan menyebabkan penurunan oksigen dalam darah.

5. Kesannya, mangsa akan kehilangan cecair dan air dalam badan selepas satu jangka masa.

6. Jadi kenapa kita boleh bertahan memandu dengan penghawa dingin terpasang? Jawapannya mudah. Kerana kita sedar dengan perubahan suhu dan akan sedar jika terdapat kebocoran. Jika kita mula merasa tidak selesa, kita akan segera bertindak dengan menutup penghawa dingin dan membuka tingkap.

Sebaiknya, elakkan tidur di dalam kereta. Jika perlu berehat semasa memandu jauh, keluar dari kereta dan carilah tempat yang sesuai. */ Sumber : Astro Awani

Berita Berkaitan : Kes lemas tidur dalam kereta: Mangsa ketiga meninggal dunia
Tragedi berlaku ketika empat sahabat itu yang baru menamatkan pengajian di sebuah kolej pulang dari bercuti di Pulau Pinang. – Foto Astro AWANI

SEBERANG JAYA: Seorang lagi mangsa keracunan gas karbon monoksida ketika tidur di dalam kereta di sebuah stesen minyak di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) dekat Samagagah, di sini, meninggal dunia petang Khamis.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad, berkata Nor Adilah Mohd Safwan, 21, meninggal dunia pada jam 4.23 petang ketika dirawat di Hospital Angkatan Tentera Lumut.

Terdahulu, dua rakannya Sharifah Fariesha Syed Fathi, 21, dan Ayuni Shazwanie Shabri, 21, masing-masing meninggal dunia di tempat kejadian dan Hospital Seberang Jaya (HSJ) awal pagi tadi.

Ketika ini, seorang lagi rakan mereka yang juga kembar kepada Nor Adilah, yang kritikal masih dirawat di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan.Dalam kejadian yang disedari kira-kira jam 1.40 pagi itu, semua mereka ditemui tidak sedarkan diri di dalam kereta yang enjinnya tidak dim@tikan di stesen minyak berkenaan. */ Sumber : Astro Awani

Kes Lain Pada 2018 : Disangka tidur, dua remaja dijumpai m@ti dalam kereta

Kejadian mengejutkan penduduk Kampung Jaya Baru, dekat sini, apabila dua remaja lelaki ditemui m@ti dalam sebuah Perodua Myvi, hari ini.

Kejadian mengejutkan penduduk Kampung Jaya Baru, dekat sini, apabila dua remaja lelaki ditemui m@ti dalam sebuah Perodua Myvi.

Kejadian mengejutkan penduduk Kampung Jaya Baru, dekat sini, apabila dua remaja lelaki ditemui m@ti dalam sebuah Perodua Myvi, hari ini.Dalam kejadian jam 11.46 pagi itu, Mohd Fitri Haimin dan Mohd Helmi Muhammad, keduanya 19 tahun ditemui m@ti di kerusi hadapan kereta yang dipakir di tepi jalan raya kampung terbabit.

Ketua Polis Daerah Kinabatangan Superintendan A. Sahak Rahmat berkata, sebaik menerima panggilan kecemasan sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kinabatangan segera dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Siasatan awal di tempat kejadian menjumpai sebuah kereta warna putih diletakkan di tepi jalan.”Enjin kereta masih hidup dan terdapat dua lelaki di bangku hadapan dalam keadaan berbaring (tidur).”Setelah diketuk cermin dan pintu kenderaan, kedua dua lelaki tersebut langsung tidak bergerak.

Dua remaja berkenaan ditemui m@ti dalam kereta tersebut.Beliau berkata, usaha membuka pintu gagal dan Bomba Kinabatangan kemudiannya membantu.”Pintu kenderaan berjaya dibuka dan pemeriksaan awal tiada kecederaan luaran pada kedua-dua mereka.”Mangsa telah disahkan m@ti di dalam kenderaan oleh pegawai perubatan Hospital Kinabatangan yang membuat pemeriksaan keatas kedua-dua mangsa yang masih berada di dalam kenderaan,” katanya.Menurutnya, m@yat dibawa ke Hospital Kinabatangan untuk bedah siasat. */ Sumber : Astro Awani

error: ...