Kenapa perlu makan sayur hijau terutamanya bagi pesakit kencing manis

Kenapa perlu makan sayur hijau terutamanya bagi pesakit kencing manis.

Sayur hijau ni penting. Tapi ramai orang tak suka makan sayur sebab tak sedap…pahit, tak boleh nak telan, anak tekak tak terima dll. Sebenarnya sayur ni amat penting bagi diet yang seimbang lebih lebih lagi bagi mereka yang sakit. Seelok eloknya amalkan sejak dari muda, jangan tunggu sakit baru nak makan sayur.

Apa faedahnya makan sayur hijau?

✅ Sayur hijau tinggi dengan serat. Apabila dimakan dengan nasi atau karbohidrat yang tinggi indeks glisemik, serat ini akan membentuk spt jaring yang akan menahan kanji ni dari diserap sekali gus. Secara tidak langsung boleh membantu menurunkan indeks glisemik kanji tadi dan tidak meningkatkan paras gula darah secara mendadak.

✅ Sayur hijau melawaskan, ini juga berfaedah menggerakkan makanan dalam usus dengan tempo yang lebih sihat. Dapat mengawal kolestrol dan gula. Syarat kena minum air mencukupi supaya lebih lancar.

✅ Sayur hijau tinggi dengan klorofil. Ia bersifat alkali dan dapat membantu untuk menyahtoksik darah, meng alkali kan darah bagi pesakit kencing manis yang darah nya lebih asidik. Darah berasid ni kuman suka biak, kanser pun suka jugak.

✅ Sayur hijau juga kaya dengan bahan nutrisi yang boleh melebarkan salurdarah, melancarkan aliran darah yang sudah tentunya menjadi masalah besar kepada pesakit kencing manis. Juga sangat sihat bagi kesihatan kardiovaskular.

✅ Sayur hijau kaya dengan nutrisi spt ALA, magnesium, polyphenols yang boleh membantu mengawal paras gula dan meningkatkan sensitiviti insulin. Sgt baik bagi pesakit kencing manis.

✅ Sayur hijau kaya dengan pelbagai phytonutrisi yang boleh melawan radang, melawan radikal bebas (fungsi antioksidannya), vitamin yang berfaedah, folate (untuk kesihatan DNA dan RNA), beta carotene, lutein dan banyak lagi yang berfungsi untuk awet muda.

Nasihat saya bagi pesakit kencing manis, kalau makan nasi, isikan separuh pinggan tu dengan sayur hijau. Ia mengenyangkan dan terbaik untuk kesihatan.

#HealthDrZubaidi
#dietdrzubaidi

Sumber Facebook : Dr Zubaidi Hj Ahmad

error: ...