Korban termuda COVID-19, wanita 23 tahun lambat ke hospital

PUTRAJAYA : Korban COVID-19 paling muda, iaitu wanita berusia 23 tahun dilaporkan lambat mendapatkan rawatan di hospital.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, keadaan pesakit yang mempunyai penyakit Tiroid itu sudah berada di tahap kritikal iaitu peringkat keempat.

“Jadi hari ini kita ada kematian termuda, berusia 23 tahun dan memerlukan bantuan pernafasan. Namun, kena ingat pesakit itu ada penyakit Tiroid dan dia lambat mendapatkan rawatan di hospital.

“Seperti yang saya katakan 88 peratus pesakit yang datang (ke hospital) adalah dalam kategori 1 dan 2. Namun, pesakit ini datang ke hospital dengan tahap keempat. Jadi dia memerlukan bantuan pernafasan, ventilator dan pesakit datang dengan penyakit lain,” katanya dalam sidang media di sini pada Khamis.

Kes kematian ke-67 (kes ke-2864) itu mempunyai sejarah kontak rapat dengan dua kes positif COVID-19 (iaitu kes ke2469 dan kes ke-2470) dan merupakan kes generasi ke-5 kluster persidangan gereja di Kuching, Sarawak (beliau bukan peserta persidangan ini). 

Beliau telah dirawat di Hospital Umum Sarawak pada 30 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 9 April 2020 jam 9.42 pagi.

Sumber : Astro Awani

error: ...