Kronologi insiden Dayang Topaz

MIRI: AWAL pagi Selasa, negara dikejutkan dengan insiden kemalangan melibatkan kapal platform Dayang Topaz di posisi 7.7 batu nautika dari Kuala Baram, Miri.Insiden itu melibatkan seramai 187 kru kapal termasuk 185 kru warganegara Malaysia dan dua warganegara Indonesia.Berikut kronologi insiden melibatkan kapal platform Dayang Topaz yang perlu anda tahu:

6.45 pagi

Maritime Rescue Coordination Centre (MRCC Putrajaya) menerima aduan kira-kira jam 6.45 pagi tadi daripada kapal Sapura Construction yang menerima isyarat kecemasan daripada kapal Dayang Topaz di posisi 7.7 batu nautika dari Kuala Baram, Miri.

8.45 pagi

Seramai 121 kru berjaya diselamatkan, seorang meninggal dunia dan empat lagi masih belum ditemui.Semua kru yang telah dijumpai telah diselamatkan oleh aset-aset bantuan dan kapal-kapal yang telah tiba di lokasi kejadian.

9.47 pagi

Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Datuk Mohd Zubil Mat Som turut berkongsi maklumat berkenaan insiden berkenaan menerusi Twitter.Katanya, setakat jam ini, seramai 125 yang lain berjaya diselamatkan dan turut memaklumkan bahawa terdapat 62 kru kapal masih ada di atas kapal berkenaan.

10.36 pagi

Datuk Mohd Zubil Mat Som memaklumkan insiden berkenaan berlaku disebabkan salah satu kabel sauh terputus ekoran daripada cuaca buruk sehingga menyebabkan kapal hanyut dan melanggar platform pelantar minyak beram.

11.25 pagi

Pemangku Pengarah Bahagian Carilamat & Bantuan Bencana APMM, Komander Suzanna Razali Chan ketika dihubungi Astro AWANI memberitahu bahawa secara keseluruhan, terdapat 187 kru kapal termasuk 185 kru warganegara Malaysia dan dua warganegara Indonesia.Tambahnya, empat mangsa yang dilaporkan hilang sebelum ini telah berjaya ditemui.

Menurut Komander Suzanna, lebih separuh anak kapal terjun dari kapal tersebut terjun untuk menyelamatkan kepada kapal tersebut.

12.18 tengah hari

Semua mangsa yang diselamatkan ketika ini dalam pelayaran ke Miri.Mereka dibawa oleh kapal-kapal yang terlibat dengan misi CARILAMAT.Dalam pada itu, Datuk Mohd Zubil turut memberitahu bahawa dua mangsa yang tercedera kini diterbangkan dengan menggunakan pesawat milik Petronas ke Hospital Miri untuk rawatan lanjut.Aset-aset bantuan telah segera yang bergerak ke lokasi merangkumi tiga kapal dan sebuah bot Maritim Malaysia di Miri bersama tujuh kapal dan bot milik syarikat Petronas dan Shell.

12.34 tengah hari

Kapal pertama yang membawa mangsa insiden Dayang Topaz, Kapal Hisham 6 dilaporkan sampai di pelabuhan Miri.Difahamkan, petugas keselamatan sedang menurunkan kru kapal berkenaan untuk mendapatkan rawatan lanjut.

MRCC Putrajaya laksana koordinasi lanjut dalam Operasi Carilamat bagi mencari dan menyelamat empat kru Dayang Topaz yang masih hilang.

2.00 petang

Dua anak kapal disahkan meninggal dunia manakala 185 yang lain berjaya diselamatkan.Unit Korporat Jabatan Laut Malaysia dalam satu kenyataan berkata, Maritime Rescue Coordination Centre (MRCC Putrajaya) menerima aduan kira-kira jam 6.45 pagi tadi daripada kapal Sapura Construction yang menerima isyarat kecemasan daripada kapal Dayang Topaz di posisi 7.7 batu nautika dari Kuala Baram, Miri.

Sumber : Astro Awani

error: ...