Langgar Notis Jangan Keluar Rumah, lelaki hilang status PR

Lelaki terbabit didakwa cuba meninggalkan Singapura pada akhir minggu lalu. – Foto Agensi

SINGAPURA – Seorang lelaki berusia 45 tahun hilang status penduduk tetap (PR) di Singapura gara-gara melanggar Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) ketika negara itu sedang bergelut memerangi penularan koronavirus (Covid-19).

Kelmarin, Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) memaklumkan individu itu juga dilarang memasuki semula Singapura.

“Lelaki itu pernah berkunjung ke China dan tiba di Lapangan Terbang Changi pada 20 Februari lalu. Tetapi dia gagal menjawab panggilan pihak berkuasa dan tidak mengisytiharkan tempat kediamannya selepas pegawai ICA melakukan pemeriksaan beberapa hari selepas individu itu kembali ke Singapura,” jelas ICA dalam satu kenyataan.

Difahamkan, lelaki itu juga cuba meninggalkan negara terbabit pada akhir minggu lalu walaupun SHN menetapkan dia perlu tinggal di rumah selama 14 hari jika pulang dari negara terjejas Covid-19. – Agensi

Sumber : Sinar Harian

error: ...