Lebih 98 maut minum alkohol bertoksik

Penunjuk perasaan melakukan demonstrasi menuduh kerajaan Punjab ‘cuai’ hingga membawa kematian ramai orang akibat meminum arak haram. Foto AFP

NEW DELHI: Angka kem@tian akibat skandal alk0hol h@ram di utara India, Punjab meningkat kepada 98 kes, semalam, kata pegawai dan laporan.

Polis setakat ini sudah menahan 25 orang susulan tragedi yang bermula akhir minggu lalu dan semakin teruk, kata agensi media Press Trust of India.

Ratusan orang m@ut setiap tahun di India akibat alk0hol haram dihasilkan di kilang penyulingan tidak berdaftar yang dijual dengan harga serendah 10 rupee (57 sen) seliter dan mampu dimiliki termasuk golongan termiskin.

Angka kem@tian akibat ar@k h@ram meningkat kepada 75 orang di daerah Tarn Taran Punjab selepas siasatan lanjut, kata Timbalan Pesuruhjaya Pentadbiran Tempatan, Kulwant Singh.

“Beberapa keluarga enggan mendedahkan maklumat kem@tian, selain ada may@t yang sudah dibakar. Jumlah ini dikenal pasti selepas maklumat dikumpulkan,” katanya kepada AFP, semalam.

Seramai 11 lagi maut di daerah Gurdaspur, kata pegawai kepada AFP.

PTI melaporkan, insiden arak beracun itu turut mengorbankan 12 orang di Amritsar.

Semalam, waris mangsa berkabung ketika parti pembangkang negeri meminta pemerintah Punjab ‘mengekang m@fia ar@k di negeri itu’ dalam siri ciapan. – AFP

sumber : Berita Harian

error: ...