Lelaki dipenjara letak air mani dalam minuman, makanan rakan sekerja

SANTA ANA: Seorang lelaki dijatuhkan hukvman penj@ra dua tahun setengah selepas didapati bersalah kerana berulang kali memasukkan air maninya ke dalam makanan, air dan barang milik rakan sekerja wanita.

Stevens Millancastro, 30, berdepan beberapa pertudvhan, berdasarkan kenyataan dikeluarkan Pejabat Pend@kwa Raya Daerah Orange di California, Amerika Syarikat (AS), semalam.

Millancastro bekerja dengan mangsa antara 2014 hingga 2017 dan dalam tempoh itu, dia beberapa kali mengeluarkan air mani ke dalam botol air dan botol madu rakan sekerjanya, selain meletakkan air mani di atas tetikus dan papan kekunci.

Mangsa kemudian memakan madu itu untuk beberapa tempoh, tanpa mengetahui perbuatan jen@yah Millancastro.

Mangsa ada menyedari air botolnya bertukar keruh dalam tiga insiden berbeza dan membuang air berkenaan dalam ketiga-tiga kejadian.

menurut Pejabat Pendakwa Raya, selepas menyedari air botolnya keruh untuk kali ketiga, wanita itu melaporkannya kepada pihak penyelia, yang bertindak memasang kamera keselamatan di pejabat mangsa.

“Pada hari berikutnya, wanita itu menyentuh tetikus yang dipenuhi air mani dan Millancastro dilihat dalam rakaman kamera itu memasuki pejabat mangsa sebelum kejadian berkenaan,” katanya.

Mangsa kemudian membuat laporan kepada polis La Palma yang membuka siasatan dan menahan Millancastro.

Lelaki itu didapati bers@lah pada 21 September lalu atas untuk lima kesal@han dan dijatuhkan hukvman semalam.

Hakim Kathleen Roberts turut mewajibkan Millancastro didaftarkan sebagai pes@lah seksu@l.

Pejabat Pend@kwa Raya berkata hukvman itu adalah yang paling maksimum berdasarkan undang-undang.

“Keputusan hakim mengenakan hukvman maksimum dan mewajibkan tertuduh didaftarkan sebagai pesalah seksu@l dibuat berdasarkan trauma dialami wanita tidak bers@lah yang hanya melakukan tugasnya di tempat kerja,” katanya. –

Sumber : Berita Harian

error: ...