Lelaki sambut hari lahir ke-116

LELAKI tertua di dunia, Fredie Blom dari Afrika Selatan. – Foto AFP

CAPE TOWN: Seorang lelaki dipercayai tertua di dunia, Fredie Blom menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-116, semalam dalam keadaan tidak terkesan dengan krisis coronavirus, walaupun adiknya meninggal dunia disebabkan pandemik Selesema Sepanyol (Spanish Flu) lebih 100 tahun yang lalu.

Dalam meniti usia emasnya, Blom tidak panik dengan penularan pandemik COVID-19.

“Saya dapat hidup lebih lama kerana rahmat dari Tuhan,” katanya yang berasal dari Afrika Selatan.

Beliau turut mengimbas detik berlakunya pandemik Selesema Sepanyol pada 1918 yang mengakibatkan kematian 10 juta penduduk dunia, termasuk adiknya.

Sambutan hari kelahiran itu disambut bersama cucu dan jiran di sekitar kediamannya dengan mereka sama-sama menyanyikan lagu selamat selamat hari jadi.

Blom dilahirkan di kawasan luar bandar, Adelaide di Wilayah Cape Timur pada tahun 1904.

Beliau lebih tua daripada warga British berusia 112 tahun yang mencipta rekod sebagai lelaki tertua di dunia oleh Guinness World Record, Mac lalu.

Bagaimanapun, pada ketika ini, usia Blom masih belum disahkan oleh badan itu, – AFP / Berita Harian

error: ...