Liga Perdana Inggeris (EPL) semakin hampir disambung semula

SUKAN profesional di Britain semakin hampir untuk disambung semula apabila kerajaan mengeluarkan panduan fasa kedua dengan membenarkan kontak dalam latihan dan lebih kompetitif.

Ini bermakna ia hanya selangkah lagi untuk memasuki fasa ketiga yang akan menyaksikan Liga Perdana Inggeris (EPL) kembali diadakan, tidak kira sama ada secara tertutup atau tidak, bulan depan selepas ia ditunda berikutan pandemik Covid-19.

Sambil menekankan bahawa keadaan perubatan perlu dikendalikan teliti, fasa terkini ini sangat jelas bahawa atlet profesional boleh berlatih jarak yang dekat dengan kontak lain seperti contoh dalam bola sepak dibenarkan melakukan terjahan tatkala mereka sedang membina tahap kecergasan permainan.

“Panduan terbaru itu menunjukkan bahawa fasa terkini ini secara perlahan-lahan membenarkan latihan kepada atlet elit, dibuat untuk mengurangkan risiko kecederaan dan menjaga kesihatan serta keselamatan semua yang terbabit.

“Kami ingin menjelaskan sukan individu pula perlu melihat kembali sama ada mereka mempunyai langkah perubatan yang dikendalikan dengan teliti sebelum dapat meneruskan latihan dan memastikan keyakinan atlet, jurulatih dan staf sokongan terjamin,” jelas Menteri Sukan Britain, Nigel Huddleston.

Kelab EPL menyambung semula latihan tanpa bersentuhan minggu lalu, sementara dalam sukan kriket pula pembaling hanya berlatih solo dalam sesi menggunakan jaring.

Bagaimanapun, ketua pasukan Watford, Troy Deeney dan pemain tengah Chelsea, N ‘Golo Kante, kedua-duanya bimbang akan faktor kesihatan yang menyebabkan mereka masih belum kembali berlatih.

Fasa pertama yang memerlukan pemain mematuhi peraturan penjarakan sosial dijalankan pada 13 Mei lalu.

Peraturan berkenaan akan terus diamalkan seperti cara datang ke pusat latihan, berkongsi alatan latihan harus dielakkan sebaik mungkin.

Sumber : Harian Metro

error: ...