‘M@yat’ disimpan dalam peti sejuk beku hidup semula

New Delhi:Mengejutkan apabila seorang lelaki di Tamil Nadu, India yang disangka sudah meningg@l duni@ sebenarnya masih hidup walaupun semalaman disimpan di dalam peti sejuk beku.

Balasubramania Kumar, 74, sebelum itu disangka sudah meningg@l duni@ oleh adiknya, Saravanan.

Sebelum ‘disahkan’ meningg@l duni@, Kumar dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut, Isnin lalu.

Dalam laporan Gulf News, selepas disahkan meningg@l duni@, Saravanan menghubungi syarikat sewaan peti sejuk beku bertujuan menyimpan m@yat abangnya.

Selepas menerima peti sejuk beku berkenaan, Saravanan bersama ahli keluarga lain menyimpan m@yat Kumar di dalamnya.

Keesokannya, pekerja syarikat sewaan datang semula ke rumah mereka untuk mengambil semula peti beku berkenaan.

Bagaimanapun, mereka terkejut selepas mendapati Kumar masih bernyawa dan bernafas ketika membawa keluar lelaki itu dari peti.

Jiran dan pihak berkuasa kemudian dimaklumkan mengenai kejadian sebelum Kumar dibawa untuk pemeriksaan lanjut di hospital kerajaan.

Bagaimanapun, Saravanan cuba untuk mempertahankan tindakannya itu dan mend@kwa abangnya itu sudah meningg@l duni@.

Namun siasatan lanjut polis mendapati keluarga lelaki itu sebenarnya memang sengaja menanti Kumar untuk meningg@l duni@.

Polis membuka kertas sias@tan terhadap Saravanan dan keluarganya atas kesal@han membah@yakan nyawa orang lain.

Sumber : MyMetro

error: ...