‘M@yat’ masih bernafas, Hospital bakal disaman

BOGOTA: Sebuah hospital di Sucre, Colombia melakukan kesilapan besar apabila mengesahkan seorang lelaki meninggal dunia walaupun lelaki berusia 67 tahun itu masih bernyawa.

Dalam kejadian itu, doktor di hospital di bandar Sincelejo itu pada mulanya memberitahu keluarga Juan Jose Munoz Romero bahawa lelaki itu sudah m@ti.

Ia selepas lelaki terbabit dimasukkan ke hospital berkenaan untuk mendapatkan rawatan kerana masalah tekanan darah tinggi.

Mirror UK yang memetik laporan akhbar tempatan memaklumkan keluarganya tidak percaya perkara itu.

Bagaimanapun, mereka tidak dibenarkan melihat m@yat Romero yang diletakkan di bilik m@yat kerana protokol kesihatan berikutan Covid-19.

Anak perempuan Romero bagaimanapun melanggar peraturan itu dengan masuk ke bilik berkenaan.

Dia melihat mata bapanya terbuka dan lelaki itu masih bernafas.

Wanita itu memberitahu doktor, tetapi pihak hospital tetap yakin lelaki itu sudah meninggal dunia.

Malah, doktor memberitahu dia mungkin melihat perkara itu kerana terkejut atas kem@tian bapanya.

Yakin dengan apa dilihat, keluarga lelaki itu membawanya keluar untuk mendapatkan rawatan di hospital lain dan Romero disahkan masih hidup.

Susulan kejadian, keluarga lelaki itu bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap pengurusan hospital. / Harian Metro

error: ...