Palsukan kem@tian suami demi wang

Pasangan suami isteri yang didakwa di Mahkamah Majistret Kuching hari ini kerana memalsukan kem@tian. – Foto Melvin Joni

KUCHING: Sepasang suami isteri didakwa di Mahkamah Majistret Kuching hari ini atas 15 pertuduhan memalsukan kem@tian bagi mendapatkan pampasan daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Kedua-duanya mengaku ber@alah apabila semua pertudvhan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksa@n dibacakan terhadap mereka di hadapan tiga Mahkamah Majistret berasingan.

Tertuduh, Hamidah Talaha, 45, memalsukan kem@tian suaminya, Mansor Idris, 46, dengan memperdayakan seorang pegawai eksekutif PERKESO Sarawak untuk mengeluarkan pampasan kem@tian berjumlah lebih RM26,000.

Pampasan berkenaan diserahkan kepada suri rumah terbabit secara berperingkat mulai 9 Ogos 2019 sehingga 1 Oktober lalu di pejabat PERKESO di Jalan Padungan di sini, selepas dia menyerahkan sijil kematian suaminya (Mansor) yang dikatakan meninggal dunia pada awal 2019.

Berdasarkan keterangan kes, Hamidah menerima sejumlah RM7,061.02 pada Ogos tahun lalu manakala pada bulan berikutnya sehingga Oktober tahun ini, dia menerima sejumlah RM1,354.17 setiap bulan.

Bagaimanapun, perbuatan pasangan terbabit terbongkar apabila pegawai eksekutif PERKESO itu yang juga pengadu bagi kes berkenaan mengetahui dia ditipu pada 15 Oktober lalu, selepas seorang pekerja Anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) yang juga kenalan tertuduh (Mansor) memaklumkan tertuduh yang tinggal sekampung dengannya masih hidup.

Justeru, pihak PERKESO membuat semakan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan JPN telah mengesahkan sijil kematian atas nama tertuduh namun tiada sebab kem@tian dipaparkan.

Pengadu bagaimanapun merasakan tertuduh memalsukan sijil kem@tiannya dan seterusnya membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.

Difahamkan, pasangan terbabit menipu kerana terdesak akibat kesempitan wang dan berhutang dengan Syarikat Pinjaman Wang Berlesen.

Majistret Mohd Syukri Mokhtar, Majistret Zaiton Anuar dan Majistret Zubaidah Sharkawi masing-masing menetapkan 3 November ini untuk menjatuhkan hukvman memandangkan pihak penjara mempunyai prosedur operasi standard (SOP) ketat dan kini belum menerima sebarang b@nduan dalam langkah mengawal pandemik COVID-19.

Justeru, kedua-dua tertuduh dibebaskan dengan ikat jamin mahkamah RM30,000, sementara menunggu sebutan kes.

Syukri menetapkan kedua-dua tertuduh melaporkan diri di balai polis berdekatan seminggu sekali, selain mengarahkan mereka untuk menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Pendakwaan dikendalikan secara berasingan oleh Pegawai Pendakwa, Inspektor Merylene Lindan Andrew Mang, Inspektor Mohd Adzmei Ahmad dan Inspektor Nur Syafiqa Nyaie Ilin manala kedua-dua tertvduh tidak diwakili peguam.

Sumber : Berita Harian

error: ...