Polis tambah sekatan jalan raya

Anggota polis bersama anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) memeriksa kenderaan dalam sekatan jalan raya susulan Perintah Kawalan Pergerakan di Kampung Baru, Kuala Lumpur. – Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Polis akan menambah sekatan jalan raya di seluruh negara bagi memastikan kawalan pergerakan dapat dipertingkatkan berikutan ada ura-ura orang ramai balik ke kampung untuk menyambut Ramadan.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Katanya, sehingga semalam, sebanyak 816 sekatan jalan raya diadakan di seluruh negara dan pemeriksaan ke atas 585,250 kenderaan turut dilakukan.

“Jumlah tangkapan juga meningkat sebanyak 1,565 individu berbanding 1,057 hari sebelumnya.

“Sebanyak 544 individu turut dituduh di mahkamah atas kesalahan mengingkari PKP dan tangkapan kumulatif sehingga semalam adalah sebanyak 13,639 kes,” katanya ketika sidang media selepas mesyuarat menteri mengenai pelaksanaan PKP, Putrajaya dekat sini, hari ini.

Sumber : Berita Harian

error: ...