‘prank’ bagi bantuan di letak kan sampah.

Youtuber ‘prank’ bantuan sampah serah diri

BANDUNG – Polis di sini mengesahkan telah menahan seorang ‘Youtuber’ selepas didapati melakukan aksi ‘prank’ dengan memberi bantuan berupa sampah kepada golongan memerlukan.

Lapor Liputan6, Ketua Polis Bandung, AKBP Galih Indragiri berkata, lelaki dikenali Ferdian Paleka telah menyerah diri di balai polis selepas dihantar ahli keluarga.

“Kami sudah memiliki rakaman video lelaki itu sebagai bukti dan ketika ini siasatan sedang dijalankan.” katanya.

Menurut Galih, kejadian itu dilaporkan berlaku di daerah Kiaracondong, Kota Bandung.

“Kami mendapat kerjasama dengan polis Kiaracondong telah pergi ke rumah lelaki itu namun dia tiada sebelum memintanya menyerah diri di balai polis,” katanya.

Menurutnya, polis juga menyiasat jika ada individu lain terlibat dalam pembikinan video tersebut.

“Kami akan menyiasat sama ada dia bergerak secara kumpulan atau tidak. Apa yang pasti Ferdian ada dalam video,” katanya.

Selain itu, beberapa mangsa tampil ke Pejabat Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Bandung mendakwa mereka tidak boleh menerima perbuatan yang dilakukan Ferdian dan menganggapnya melampaui batas.

Kejadian tersebut memang sengaja dibuat untuk menarik perhatian pengikutnya saluran Youtube Ferdian Paleka.

Sebelum ini tersebar di laman sosial, seorang Youtuber ‘prank’ golongan memerlukan dengan memberi sumbangan mi segera bersama sampah dan batu membuatkan penerima rasa tersinggung.

Mereka memerlukan bantuan makanan namun diperlakukan sedemikian.

Sinar Harian

error: ...