Prosedur Penukaran Enjin Oleh JPJ

TAHUKAH ANDA.

Prosedur Penukaran Enjin

Langkah pertama : Hadir ke Puspakom dan bawa dokumen

i. Surat kastam 1

ii. Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC)

iii. Kenderaan

Tukar enjin melalui 2 peringkat pemeriksaan.

Contoh :

Kereta

i. (ujian brek) lulus/gagal dapat laporan VR1 – RM35

ii. (ujian keseluruhan) lulus/gagal dapat laporan B2 – RM25

*Wajib lulus kedua-dua ujian pemeriksaan tersebut. Jika gagal salah satu ujian tersebut, wajib ulang balik dengan bayaran yang lain.

Langkah kedua : Setelah lulus ujian pemeriksaan Puspakom, isi borang K8 di Pejabat JPJ untuk pinda maklumat enjin lama pada enjin baru. Bawa bersama laporan Puspakom B2 dan VOC. (jika wakil hadir sertakan salinan myKAD pemilik kenderaan dan wakil yang hadir). Selesai.

Tiada bayaran dikenakan, ianya percuma.

Kecuali ingin mendapatkan VOC yang baru, bayaran RM50 dikenakan.

Langkah keempat : Kalau melibatkan kes atau permasalahan salah satu di bawah wajib berjumpa dengan Pegawai di Bahagian Kejuruteraan Automotif(KA) di JPJ sebelum masuk ujian pemeriksaan Puspakom.

i. Enjin melebihi 30% dari enjin asal.

contoh 1.3cc tukar 1.8cc

cara kira 30%

(Enjin Baru : 1800 ) – (Enjin Lama : 1300 )

—————————————— X 100 = 38.46%

(Enjin Lama : 1300 )

ii. Tukar enjin berlainan model cth naza kpda nissan

iii. Tukar bahan bakar kenderaan cth dari petrol ke diesel..

Langkah kelima : Selesai mendapat surat kebenaran daripada Kejuruteraan Automotif(KA), baru hadir ujian pemeriksaan Puspakom dan membuat pengesahan butiran kenderaan di JPJ.

Nota penting : Jika beli enjin dengan kawan-kawan perlu dan wajib buat surat akuan sumpah bagi menggantikan Surat Kastam 1.

Baca : Documen Lengkap Yang Perlu Ada Untuk Penukaran Enjin

Sumber : JPJ W.P Labuan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: ...