Proton X50 dilancarkan secara rasmi, harga bermula RM79,200

Foto Proton Holdings Bhd

KUALA LUMPUR: Kemuncak penantian rakyat Malaysia terhadap model kenderaan utiliti sukan (SUV) kompak, Proton X50 berakhir selepas dilancarkan secara rasmi ke pasaran Malaysia menerusi laman Facebook rasmi Proton Holdings Bhd (PROTON), Proton Cars sebentar tadi.

Model yang ditawarkan dengan empat varian dan dikatakan bakal mencetuskan fenomena dalam segmen SUV tempatan itu ditawarkan pada harga bermula RM79,200, sekali gus menepati jangkaan ramai pemerhati pasaran automotif selama ini.

Bagi varian Standard ia ditawarkan pada harga atas jalan tanpa insurans RM79,200, manakala Executive RM84,800, Premium (RM93,200) dan varian tertinggi Flagship pula bermula RM103,300.

Keempat-empat varian didatangkan dengan enam warna pilihan iaitu snow white, armour silver, jet grey, ocean blue, passion red dan citric orange.

Bagi tiga varian pertama, setiap model dikuasakan dengan enjin 1.5 liter turbo manakala varian flagship dikuasakan enjin 1.5 liter TGDI dan digandingkan bersama transmisi 7-kelajuan DCT.

error: ...