Rakyat Indonesia mencemburui rakyat Malaysia, kita bagaimana? Syukur atau Kufur

KEBANYAKAN rakyat Indonesia mencemburui keperihatinan Kerajaan Malaysia membantu rakyatnya ‘berperang’ bersama Covid-19 dan dikatakan antara negara terbaik menguruskannya.

Malah, kebanyakan mereka terkejut dengan situasi terkini di Malaysia dengan langkah-langkah diambil kerajaan menyebabkan rakyat Malaysia tidak panik dan kelam kabut menghadapi bencana sebegini besar.

Macan Idealis yang menemuramah Prof. Dr. Irwandi Jaswir, mengenai kondisi terkini di Malaysia ternyata terkejut malah menyatakan keadaan ini menyebabkan walaupun sebelumnya berlaku pelbagai masalah politik di Malaysia, kecekapan serta keperihatinan kerajaan menyebabkan rakyat berdiri di belakang pemerintah, malah sekiranya pembangkang melakukan tindakan sebaliknya pasti akan dikritik oleh rakyat.

Irwandi menyatakan keadaan di Malaysia membuktikan pemerintahnya sememangnya bersedia dan bijak menguruskan situasi bencana seperti Covid-19 ni.

4 Kebijakan pemerintah Malaysia yang dikagumi dan perlu dicontohi;

Pertama, semua maklumat dari satu sumber tiada percanggahan dari negeri atau daerah. Setiap hari rakyat dapat mendengar perkembangan terkini dari Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan dan pihak pemerintah tanpa ada percanggahan.

Kedua, jujur dan transperan, angka-angka statistik dapat diikuti dengan lengkap dan dari maklumat sahih, dapat dikesan pesakit dari kes demi kes ini memudahkan rakyat mengetahui dan memahami.

Ketiga, adanya jaminan dan keperluan asas dari kerajaan, hampir tidak ada mendengar orang kekurangan makanan, bahkan mahasiswa di universiti dan kolej mendapat makanan secara percuma dari pemerintah. Kekurangan bahan asas tidak ada di Malaysia, mereka berbelanja seperti biasa dan adanya jaminan kerajaan mengenai keperluan yang mencukupi.

Keempat, Pengumuman Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin membantu rakyat, meliputi semua golongan, menyediakan keperluan mencukupi di hospital bagi menangani pandemik Covid-19.

Pengumuman bantuan kepada rakyat seperti Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin menyebakan rakyatnya tidak panik dan patuh akan arahan kerajaan sehingga kepatuhan kepada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) begitu tinggi.

Malah, komen-komen di ruangan youtube berkenaan lebih mengejutkan apabila ada rakyat terus-menerus memuji kerajaan Malaysia dan mengharapkan kerajaannya menuruti langkah-langkah yang diambil.

“Waktu yg paling tepat Perdana Menteri Malaysia ambil alih pmerintahan.Cara dia berucap menyampaikan kpada rakyat seperti ayah kpada anaknya, terserlah rasa sayangnya kepada rakyat, semoga Allah panjangkan umurnya dan dikurniakan kesihatan yg berpanjangan, amin. Semoga Presiden Indonesia bisa mengikuti jejak langkah yg sama, amin,” kata Awang Adeng menerusi ruang komen berkenaan.

Lebih mengejutkan ada komentar yang menyatakan mengapa Sumatera tidak bergadung dengan Malaysia dahulu?.

“ENAK BANGET JADI ORANG MALAYSIA YA. Kenapa orang sumatera dulu milih gabung indonesia…??padahal mayoritas etnis sumatera sama sama melayu padahal,” luah Prabu Ranga Susana.

“Bener banget yg di bilang sama prof karena saya sendiri juga masih di malaysia ..Andai saja di indonesia dapat kebijakan seperti di malaysia …tapi itu cuman mimpi !!.

“Saya bangga dengan segala keanekaragaman Indonesia, tapi jadi iri kalau lihat negara lain yang lebih baik membimbing dan mencintai rakyatnya,” kata seorang lagi komentar.

“Malaysia negara yang memikirkan keberadaannya rakyatnya,….menghargai dan menghormati rakyatnya…..beda sama negara kita banyak koruptor selalu menjual rakyat kurang mampu,….lihat malaysia bangga mereka menjadi rakyatnya,…kondisi dunia yang dilanda musibah,…disinilah keberadaan pemerintah yang perlu diharapkan anak negeri,” Raja Zibran Zibran Fahlefi.

“Malaysia sering membingungkan indonesia. Makin diketahui makin aneh. Seperti apa malaysia ya? Biar sering dijelik2 dihina.malah jalan terus,” kata Norasrianuar Asrianuar. BY : Che GuBard

COVID-19 merebak ke semua 34 wilayah di Indonesia

JAKARTA: Kementerian Kesihatan Indonesia melaporkan, semua 34 wilayah di republik itu kini merekodkan penularan COVID-19 dengan wilayah Gorontalo mengesahkan kes pertama semalam.

Ketua Pengarah Kawalan Penyakit dan Pencegahan kementerian itu, Achmad Yurianto, berkata Indonesia merekodkan 219 kes coronavirus baharu semalam, menjadikan jumlah keseluruhan 3,512 kes di 34 wilayah.

“Kadar kematian pula meningkat sebanyak 26 kes, menjadikan jumlah keseluruhan 306 terkorban setakat ini manakala 30 pesakit lagi berjaya disembuhkan, menjadikan jumlah keseluruhan 282 orang sudah sembuh.

“Memandangkan penyakit ini sudah merebak ke seluruh Indonesia, maka ketua wilayah diminta mengemukakan permohonan ‘penjarakan sosial kala besar’ (PPSB) kepada Kementerian Kesihatan.

“Kerajaan memberi peluang ini kepada semua badan pentadbiran wilayah memohon PSBB mengikut prosedur sedia ada,” katanya.

Jakarta, yang menjadi pusat penularan wabak coronavirus di Indonesia, menjadi satu-satunya wilayah yang sudah melaksanakan PSBB selepas diluluskan Kementerian Kesihatan dan dikuat kuasa bermula semalam hingga 23 April ini.

Yurianto juga menggesa semua penduduk Jakarta supaya jangan keluar rumah dan patuhi peraturan PSBB. – AGENSI / Sumber : Berita Harian

error: ...