Sanggup lari ber-b0gel elak dit@han

Anggota AADK Kuala Muda menahan sebahagian dari 15 pen@gih d@dah yang ditahan dalam serbu@n di 10 lokasi di daerah ini.NSTP/IHSAN AADK

SUNGAI PETANI: Seorang lelaki sanggup lari dalam keadaan b0gel, manakala seorang lagi penuh berselut gara-gara mengelak daripada ditangkap Agensi Anti D@dah Kebangsaan (AADK), dalam serbuan di Kuala Muda dan Merbok, semalam.

Bagaimanapun, kedua-dua mereka berjaya ditah@n pihak berkuasa.

Ketua Pegawai AADK Daerah Kuala Muda, Arnida Ishak, berkata dua lelaki berkenaan adalah sebahagian daripada 15 individu disyaki pen@gih d@dah yang berjaya dit@han, membabitkan 14 lelaki dan seorang wanita.

“Dalam operasi antara jam 9 hingga 11.30 pagi itu, 15 dit@han berusia antara 16 hingga 60 tahun.

“Hasil ujian saringan awal air kencing mendapati kesemuanya positif d@dah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Arnida berkata, lapan daripadanya positif d@dah jenis meth@mpet@mine dan m0rfin, lima positif jenis meth@mpet@mine dan dua daripadanya positif g@nja.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 3(1) Akta Pen@gih D@dah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 Pindaan 1998.

“Lima daripadanya akan ditahan reman di lok@p AADK Kuala Muda dan 10 daripadanya dibebaskan dengan jaminan bersyarat,” katanya.

Sumber : Berita Harian

Wanita dalam pantang antara ditahan positif d@dah

SUNGAI PETANI: Seorang wanita yang masih dalam pantang bersalin anak keempat 17 hari lalu, ditahan Agensi Anti D@dah Kebangsaan (AADK) Kuala Muda semalam, kerana disyaki terbabit dengan pen@gihan d@dah.

Wanita berusia 27 tahun yang bayinya meninggal dunia ketika dilahirkan itu, dikesan positif meth@mphet@mine.

Ibu kepada tiga anak itu, dit@han dalam serbuan AADK terhadap sebuah rumah di Taman Keladi, di sini.

Ketua Pegawai AADK Daerah Kuala Muda, Arnida Ishak, berkata wanita terbabit tinggal bersama suami dan kakak iparnya di rumah berkenaan, namun hanya dia dit@han dalam serbuan itu.

Beliau berkata, suaminya juga baru dibebaskan dari penj@ra, kerana turut terbabit dalam pen@gihan d@dah.

“Tiga anak mereka yang berusia 5, 8 dan 10 tahun tinggal bersama ibu mentua wanita berkenaan.

“Wanita itu dit@han untuk tindakan lanjut,”

Arnida berkata, dalam operasi semalam yang bermula jam 9 pagi hingga 10.30 malam, pihaknya men@han 17 pen@gih terdiri daripada 15 lelaki dan dua wanita, berusia 20 hingga 48 tahun.

Beliau berkata, saringan awal kencing mendapati kesemua mereka positif dad@h seperti meth@mphet@mine, m0rfin dan g@nja.

“Dalam operasi kali ini, kita menggempur 16 lokasi iaitu Flat Paya Nahu dan Paya Nahu 2, Taman Keladi, Taman Permai Indah di Gurun, Taman Emas di Bedong, Taman Permai Indah di Gurun, Taman Emas di Bedong, Taman Sutera Idaman, Kampung Tok Sora di Merbok dan Taman Sejati Indah.

“Selain itu, enam lagi lokasi iaitu Taman Permai di Bedong, Taman Ria Mesra II di Gurun, Kampung Sungai Kunyit di Gurun, Kampung Pokok Asam, Kampung Bakar Bata, Batu 5 di Gurun dan Kampung Baru di Bakar Bata,” katanya.

Arnida berkata, dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Keladi, anggotanya men@han lima lelaki berusia antara 27 hingga 35 tahun yang kesemuanya positif d@dah jenis meth@mphet@mine.

Katanya, masalah pen@gihan d@dah di daerah Kuala Muda kini membimbangkan walaupun pihaknya sentiasa melaksanakan operasi.

“Peranan semua pihak sangat penting dalam usaha untuk membendung masalah ini dan bukan hanya menyalahkan pihak tertentu.

“Berikutan itu 17 pen@gih yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 3 (1) Akta Pen@gih D@dah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 Pindaan 1998,” katanya.

Arnida berkata, tujuh daripadanya akan direm@n di lok@p Kuala Muda, manakala 10 lagi dibebaskan dengan jaminan bersyarat

Sumber : Berita Harian

error: ...