Seorang pun tak sanggup menjadi raja atau pemerintah negara tersebut

Seorang pemuda lalu di sebuah negeri …
Kekecohan sedang berlaku …
Lalu si pemuda pergi menyiasat ..

Rupanya mereka dalam proses melantik raja ..
Yang peliknya …
Seorang pun tak sanggup menjadi raja atau pemerintah negara tersebut …
Kerana syarat menjadi raja atau pemerintah adalah …
Sesiapa yang dilantik menjadi raja atau pemerintah …
Dia akan dibuang negara di padang tandus selepas 10 tahun memerintah­čś«

Pemuda tadi mengangkat tangan …
” Saya sanggup !”.
Maka dia dilantik menjadi raja / pemerintah negara itu.
Orang ramai mengatakan pemuda ini bodoh …
Hilang akal …
Tamak pangkat …
Dan sebagainya ­čś░

Pada tahun pertama sang pemuda menjadi pemerintah …
Dia menghantar orang untuk meninjau tanah tandus yang bakal dia dibuang selepas 10 tahun nanti ..

Tahun kedua … Pemuda mula menghantar jurutera untuk membina jalan …

Tahun ketiga …Menghantar expert dalam bidang pertanian untuk bercucuk tanam..

Tahun ke empat … engineer mula membangunkan bangunan-bangunan canggih …

Dan seterusnya …
Sehinggalah tahun ke 10 …

Pemuda tersebut tidak sabar untuk dibuang negeri­čśä

Masanya tiba …
Beliau sudah bersedia ..
Kerana …
Sang pemuda tahu …
Dia sudah menghantar ” bekalan ” terlebih dahulu sebagai persediaan ..

Ibarat hidup kita ..
Kita tahu yang kita akan ” dibuang ” ke “tempat itu”

Sudahkah kita mengirimkan bekalan ?
Adakah tempat itu padang tandus ..
Atau sudahkah kita semai benih-benih yang akan menjadi pohon rimbun ?
Sudahkah kita kirim ” bahan binaan ” untuk membina sebuah mahligai yang akan kita diami ?
Atau biarkan saja ia kekal sebagai padang tandus …

ITULAH GAMBARAN AKHIRAT KELAK …Sudah bersediakah kita dengan bekalan-bekalannya …Wallahu’alam ..

Via : Sahabat Mahkamah Syariah

error: ...