Terselamat dari m@ut kerana lambungan syiling

New Delhi: Terselamat kerana lambungan syiling. Itu tuah seorang seorang kanak-kanak lelaki di Muzaffarpur, Bihar yang ibu bapanya membunvh diri.

Sebelum mengakhiri riwayat mereka, pasangan itu memutuskan untuk membiarkan anak mereka yang berusia 12 tahun terus hidup berdasarkan lambungan syiling.

Gulfnews melaporkan pada kejadian Selasa lalu, si bapa yang berusia 36 tahun berdepan masalah kewangan apabila perniagaan sirihnya di Mumbai merosot akibat Covid-19.

Dia juga sering bertengkar dengan isterinya mengenai masalah itu.

Mereka kemudian nekad untuk terjun ke landasan kereta api di laluan antara Samastipur – Muzaffarpur.

Ketika itu, mereka membawa anak lelaki mereka kerana beranggapan dia tidak dapat menjalani hidup bersendirian.

Si bapa kemudiannya mengeluarkan syiling dan melambungkannya sebelum isterinya berkata bahawa anak mereka terselamat.

“Kemudian ayah saya memberikan 30 Rupee (kira-kira RM1.70) dan berkata; ‘pergilah, kamu perlu terus hidup’,” katanya kepada polis pada Rabu.

Menurut kanak-kanak itu, bapanya terjun ke landasan terlebih dulu sebelum diikuti ibunya dan dia pulang ke rumah sambil menangis.

Pegawai polis, Ramnath Prasad memberitahu media, kanak-kanak yang terselamat itu menceritakan kejadian berkenaan.

Biro Rekod Jenayah Kebangsaan (NCRB) merekodkan Bihar mencatatkan kes bvnuh diri tertinggi di India iaitu 45 peratus, iaitu 641 kes pada tahun lalu berbanding 443 kes pada 2018.

Sumber : MyMetro

error: ...