Wanita diisytihar m@ti ‘hidup semula’ ketika hampir diawet

Timesha Beauchamp disahkan meninggal dunia di Southfield, Michigan akibat serangan jantung dan ‘may@tnya’ dibawa ke rumah pengebumian di Detroit. -Gambar hiasan

PELIK tetapi benar tetapi inilah yang berlaku di Michigan apabila seorang wanita yang telah diisytiharkan m@ti dilaporkan ‘hidup semula’ ketika may@tnya ingin diawetkan.Wanita berkenaan, Timesha Beauchamp, 20, disahkan meninggal dunia di Southfield, Michigan, pada awal pagi Ahad (waktu tempatan) akibat serangan jantung dan may@tnya dibawa ke rumah pengebumian di Detroit.

Namun, tatkala kerja-kerja pengawetan ingin dijalankan ke atasnya, mata wanita itu terbuka dan dia didapati masih bernyawa!“Untuk makluman, secara jujurnya pihak rumah pengebumian baru sahaja ingin menjalankan kerja-kerja pengawetan dengan mengeluarkan seluruh darah dari badannya,” kata peguam Geoffrey Fieger kepada media.

Menurut Fieger, pihak paramedik telah berusaha untuk menyelamatkan wanita itu melalui kaedah resusitasi selama lebih 30 minit dan berunding dengan doktor di bilik kecemasan.

Bagaimanapun, doktor mengisytiharkan Beauchamp telahpun ‘m@ti’ dengan sokongan butiran laporan kesihatan ketika kejadian.Malah, menurut pihak bomba Southfield, Pejabat Pemeriksaan Perubatan Oakland County turut menyatakan may@t Beauchamp akan diberikan kepada keluarganya tanpa proses bedah siasat.

Akan tetapi, pihak Rumah Pengebumian James H Cole mendapati Beauchamp masih hidup walaupun telah disahkan m@ti lebih satu jam.“Kakitangan kami mengesahkan dia (Beauchamp) masih bernafas dan segera memanggil kru kecemasan kesihatan.

“Kakitangan kami juga hampir menjalankan kerja-kerja pembersihan mayat dan ingin mengawetnya,” kata jurucakap rumah pengebumian berkenaan.Setakat ini, tiada maklumat rasmi dikeluarkan berhubung insiden itu.Pihak berkuasa masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian berkenaan. */ Sumber : Astro Awani

error: ...