Wanita habiskan duit suami dengan berjvdi dakwa dis@mun

LABUAN: Beberapa hari selepas media melaporkan polis sedang menyiasat kes seorang wanita hamil dis@mun dua lelaki di luar tandas sebuah restoran di sini, polis hari ini memaklumkan siasatan mendapati kejadian itu tidak pernah berlaku, hanya rekaan semata-mata.

Ketua Polis Daerah Labuan, Superintendan Muhamad Farid Ahmad, berkata wanita berumur 33 tahun yang hamil lima bulan itu mereka-reka cerita kononnya dis@mun kerana bimbang selepas dia menghabiskan wang suaminya dengan aktiviti jvdi dalam talian.

Dalam laporannya, beliau berkata, wanita itu mendakwa dis@mun dua lelaki di luar tandas restoran berkenaan selepas mengeluarkan wang RM4,000 dari bank pada hari berkenaan.

Muhamad Farid menjelaskan, wanita terbabit turut mendakwa mengalami kecederaan ringan selepas ditolak sehingga jatuh ke lantai sebelum barang kemasnya dir@gut dan wang dilarikan.

“Bagaimanapun selepas diperiksa dengan pihak bank, kami dapati tiada pengeluaran dibuat oleh wanita itu, kisah yang diceritakan semuanya palsu. Jangan berbohong kepada polis, ia memeningkan kami dan banyak membuang masa kami,” katanya kepada pemberita.

Muhamad Farid berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksa@n berkaitan perbuatan membuat laporan palsu yang boleh membawa hukum@n penj@ra enam bulan atau denda RM2,000, atau kedua-duanya sekali, jika sabit dengan kes@lahan. – BERNAMA / Berita Harian

error: ...