Wanita putus cinta, makan nuget 4 tahun

Michaela Harris

London: Hanya kerana kecewa bercinta, seorang wanita mengambil keputusan untuk hanya makan nuget ayam sejak empat tahun lalu.

Akibatnya, berat badan Michaela Harris, 26, kini hanya 35 kilogram.

Katanya, dia juga tidak boleh menerima makanan lain dan akan muntah menyebabkan dia hanya makan nuget ayam saja.

Michaela berkata, dia akan menghancurkan terlebih dulu nuget yang dibeli dari Iceland itu sebelum dimakan.

Katanya, dia berhenti makan seperti biasa selepas berpisah dengan kekasihnya dan hilang 16 kilogram dalam tiga bulan.

Bagaimanapun, wanita itu tetap risau tiga anaknya yang berusia antara satu hingga tujuh tahun akan mengikut tabiat tidak sihat itu.

“Saya bimbang anak-anak akan mula meniru saya. Anak bongsu saya sudah mula cerewet mengenai makanan dan meminta nuget.

“Ketakutan terbesar saya adalah mereka akan meniru saya,” katanya seperti dilaporkan Mirror.

Menurutnya, selepas putus cinta, dia disahkan menghidap gangguan pengambilan had makanan (ARFID).

Ia adalah sejenis keadaan di mana individu sukar untuk makan atau terlampau cerewet dalam memilih jenis makanan. */ Sumber : Harian Metro

Berita Berkaitan : Ketagih makanan segera

Untuk individu normal, makanan segera hanya dimakan sekali-sekala namun keadaan itu tidak berlaku kepada mereka yang terlalu obses dengannya.

Kedengaran agak pelik tetapi memang wujud golongan sebegitu cuma berada dalam kelompok minoriti dan tidak diketengahkan.

Sebahagiannya mempunyai tabiat berkenaan sejak kecil dan tidak kurang juga yang mula menunjukkan kecenderungan ketika usia remaja.

Untuk itu, Gen Y kongsikan tiga kisah pemuda dari luar negara mempunyai tabiat pemakanan luar biasa.

1. PIZA JADI MAKANAN RUJI

Piza adalah makanan berasal dari Itali yang digemari ramai kerana keenakan rasa hidangan bersalut keju itu.

Kebiasaannya, ia dimakan sesekali saja namun tidak bagi Josh yang menjadikan piza seperti makanan ruji buatnya.

Menurut ibunya, Josh tidak menunjukkan kecenderungannya terhadap piza ketika kecil ataupun tabiat memilih makan sehinggalah dia mula membeli makanan sendiri ketika berusia belasan tahun.

Menariknya, pemuda berkenaan tidak jemu dengan makanan itu sebaliknya boleh menikmati lebih tiga hidangan setiap hari.

Secara purata, Josh menikmati kira-kira 320 potong setiap bulan dengan anggaran 469 piza setiap tahun.

2. CHRIS DAN NUGET BERPISAH TIADA

Nuget antara hidangan yang menjadi pilihan ketika menjamu selera sendirian atau bersama teman dan keluarga di restoran makanan segera.

Namun, pemuda berasal dari Riverside, California, Chris terlalu obses sehingga menjadikan nuget sebagai makanan yang menjadi kemestian untuk dimakan setiap hari.

Dek terlalu menggemari makanan itu, Chris mampu menghabiskan 100 ketul nuget setiap hari.

Bukan setakat itu, pemuda berkenaan juga sanggup membelanjakan wang untuk memborong sos berperisa BBQ dalam kuantiti yang banyak di pasar raya berhampiran untuk dimakan bersama nuget.

3. DANNY MR MI RAMEN

Jika ada anugerah untuk individu paling banyak menikmati mi ramen, Danny Duncan paling layak menerimanya.

Ia kerana tabiat pemuda berkenaan yang terlalu obses dengan mi ramen sehingga tidak mempedulikan makanan lain.

Kecenderungannya terhadap mi segera itu juga terbukti apabila menyimpan stok makanan berkenaan dalam kuantiti yang terlalu banyak.

Danny juga bukan setakat mempunyai ketagihan makan mi ramen sebaliknya turut mempunyai tabiat pelik antaranya mandi bersama makanan berkenaan. */ Sumber : Harian Metro

error: ...