Wanita tuntut cerai kerana suami terlalu baik

Seorang wanita di India nekad tuntut cerai kerana berasa rimas dengan suaminya yang terlalu menyayanginya. (Gambar hiasan)

NEW DELHI – Gara-gara tidak pernah bertengkar dengan suaminya, seorang wanita di India nekad menuntut cerai selepas 18 bulan mendirikan rumah tangga.

Gulf News melaporkan wanita yang identitinya tidak didedahkan itu berasa rimas kerana suaminya terlalu menyayanginya.

“Dia sering memaafkan saya setiap kali saya melakukan kesalahan. Dia tidak pernah menjerit atau buat saya rasa kecewa atau sedih dengan sebarang isu.

“Kadangkala dia memasak untuk saya dan membantu saya membuat kerja rumah. Saya tidak perlukan hidup yang suami sentiasa bersetuju dengan segala perkara. Saya mahu bergaduh dengannya,” rungut wanita itu.

Mahkamah Syariah bagaimanapun menolak tuntutan cerai tersebut dan menggelar ia sebagai keputusan yang semberono.

Ketika pihak mahkamah mengajukan soalan sama ada dia mempunyai sebab lain untuk berpisah dengan suaminya, wanita itu gagal mencari alasan baharu.

Susulan itu, mahkamah meminta pasangan terbabit menyelesaikan masalah mereka secara bersama.

Selepas kes itu ditolak oleh mahkamah, wanita tersebut dilaporkan mengemukakan tuntutannya kepada badan pemerintah tempatan yang juga enggan mengendalikan kes tersebut.

Sementara itu, media tempatan melaporkan suaminya sangat menyayangi wanita itu dan mahu memastikan isterinya sentiasa gembira. – Agensi
Sumber : Sinar Harian

‘Saya nak gaduh’

New Delhi: Seorang wanita di India memberi alasan tidak masuk akal apabila nekad memohon cerai dengan memberi alasan suaminya terlalu baik.

Malah, wanita dari daerah Sambhal, Uttar Pradesh itu memberi alasan tidak pernah bertengkar sepanjang berkahwin dengan lelaki itu.

Oddity Central melaporkan wanita terbabit mengambil keputusan untuk memfailkan permohonan berkenaan di mahkamah hanya selepas 18 bulan berkahwin dengan suaminya.

Ketika diminta menjelaskan alasannya menuntut cerai, wanita itu berkata, suaminya terlalu menyayanginya.

Dia juga sukar untuknya menerima hakikat yang mereka tidak pernah berbalah sepanjang perkahwinan.

Wanita tidak didedahkan identitinya itu berkata, dia pernah cuba melakukan provokasi dengan menyuruh suaminya memasak dan melakukan pelbagai kerja rumah.

Tetapi lelaki berkenaan tidak membantah, sebaliknya hanya menurut kata.

Keadaan itu membuatkan wanita berkenaan ‘muak’ dengan perkahwinannya dan akhirnya, nekad memfailkan perceraian.

“Suami saya tidak pernah meninggikan suara atau berkecil hati dengan perbuatan saya mengenai apa jua perkara.

“Malah, dia rajin memasak untuk saya dan membantu saya melakukan kerja rumah.

“Setiap kali saya lakukan kesalahan, dia akan memaafkan saya. Saya mahu berbalah dengannya dan tidak mahu hidup dengan suami yang hanya menurut kata,” katanya.

Selepas mendengar alasan, mahkamah menolak tuntutan wanita berkenaan dengan meminta pasangan itu menyelesaikan ‘masalah’ itu secara baik.

Biarpun permohonan itu ditolak, dia berkeras minta untuk bercerai dan merujuk kes itu ke jawatankuasa kampung.

Sumber : Harian Metro

error: ...